Cara Untuk Menjaga Hati Sebelum Berumah Tangga Menurut Islam.

 

Pasangan yang sedang memiliki perasaan atau cinta, kebiasaan akan mempunyai perasaan dan dorongan nafsu yang berlebih. Untuk itu, perlu dijaga hati agar tidak terjerumus kepada kancah maksiat dan zina.

Berikut adalah cara untuk menjaga hati sebelum bernikah, baik yang akan menikah ataupun sedang dalam proses atau usaha mencari pasangan…

1. Berniat untuk ibadah kepada Allah SWT.

“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.”(Al Bayinah : 5)



2. Tidak terlibat dalam pergaulan bebas.

Kita hendaklah menjaga hati untuk tidak terlibat dalam pergaulan bebas kerana minda manusia yang mudah terpengaruh dengan segala perkara yang tidak baik. Ini telah disebut di dalam Al-Qur’an surah An-Nuur ayat 21;

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar…”

3. Menundukkan pandangan dan menjaga aurat.

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Al-A’raaf:26)



4. Tidak berkhalwat dengan yang bukan mahram.

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”(Al-Isra : 32)

5. Menjaga segala aktiviti yang dilakukan.

“…dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan …". (Al-Qasas:77)

Dan perkara yang perlu dilakukan saat sebelum bernikah adalah tidak terjebak dalam kancah kemaksiatan, tetapi lakukan lah aktiviti yang produktif dan positif. Aktiviti yang produktif akan membuat kita menjadi lebih fokus sehingga tidak akan berfikir ke arah zina.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 632,042 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen