Ketahui Cara Mudah Dapatkan Perhatian Daripada Si Dia.

 

Apabila berhadapan dengan seseorang yang kita suka, sudah pasti kita mahu dirinya sedar akan kehadiran kita. Bukan hanya di dunia nyata tetapi di alam maya juga kita mahu dirinya sedar kewujudan diri ini. Tetapi bukan mudah untuk mendapatkan perhatian darinya apabila dia hanya menganggap anda sebagai kenalan mahupun sekadar teman. Berikut adalah cara untuk menarik perhatian dari seseorang yang anda minati.



1. Dekati dirinya sebagai seorang rakan atau sahabat yang baik.

Apabila anda tidak boleh meluahkan perasaan anda secara terus kepada dirinya, adalah lebih baik jika anda mengambil langkah sebagai teman buat dirinya. Kenali dahulu dirinya dan kenali jenis pasangan yang mampu menarik perhatiannya. Barulah anda dapat mengambil langkah yang seterusnya.

2. Kerap bertanya soalan mengenai hidupnya.

Untuk mengenali dia dengan lebih dekat anda hendaklah bertanya mengenai rutin harian ataupun kisah hidupnya. Bukan hanya itu sahaja, cuba gunakan kisah hidupnya itu untuk dijadikan topik perbualan secara berterusan. Tetapi jika ia kisah yang menyedihkan atau menaikkan kemarahan adalah lebih baik anda tutup sahaja kisah itu.


3. Pastikan si dia rasa selesa dan seronok bersama anda.

Pada ketika ini, anda perlu mengambil peluang untuk membuat dirinya rasa selesa dengan anda. Selain dari itu juga, anda perlu menimbulkan rasa seronok dalam hubungan itu, agar si dia lebih mudah memerhatikan anda. Tetapi jangan bertindak terlalu tergesa-gesa sehingga si dia tahu akan perasaan anda terhadapnya.

Tidak kiralah dia merupakan kenalan anda di pejabat mahupun di laman sosial, cara mendapatkan perhatian daripadanya adalah bermula dengan menjalinkan hubungan persahabatan. Jangan pernah bertindak dengan tergesa-gesa tetapi susuan segala-galanya dengan rapi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,288 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen