3 Alasan Kenapa Wanita Selalu Moody & Macam Mana Lelaki Nak Handle.

 

Kebanyakan lelaki mengatakan bahawa mereka sering bingung menghadapi kerenah wanita yang selalu moody. Suasana hati wanita yang berubah dengan cepat boleh menjadi faktor hubungan menjadi tegang. Agak sukar untuk seorang lelaki membendung emosi wanita yang sering bertukar-tukar. Selain tidak mengetahui penyebabnya, ramai lelaki cenderung berasa tidak sanggup untuk memenuhi segala kemahuan si wanita. Pada umumnya terdapat tiga perkara yang merupakan faktor pemicu berubah-ubahnya suasana hati wanita:



1. Alasan emosi.

Sifat emosional seorang wanita akan terlihat ketika wajahnya masam mencuka, murung, tidak senyum atau marah. Hal ini biasanya disebabkan kerana tuntutannya tidak dipenuhi terutama oleh pasangannya. Emosi yang tidak stabil menyebabkan mood seorang wanita sukar dikawal.

2. Masalah hormon.

Contoh masalah hormon yang dialami wanita antaranya ialah ovulasi, PMS dan juga kehamilan. Situasi hormon ini akan membuatkan wanita menjadi malas, sensitif, murung, dan mudah emosi.



3. Stres di tempat kerja.

Masalah di tempat kerja yang membuatkan wanita tertekan juga menjadi alasan berubahnya mood seorang wanita. Kerja yang banyak, gagal mempersembahkan prestasi kerja yang baik, majikan yang cerewet, dan sebagainya merupakan contoh hal-hal yang mempengaruhi tingkat depresi seorang wanita.

Lalu bagaimanakah cara untuk kaum lelaki menghadapinya?

Berikan waktu untuk menyendiri.

Sebahagian lelaki menjadi kurang sabar dalam menghadapi pasangannya yang sering berubah-ubah moodnya tanpa alasan yang jelas. Harus diingatkan bahawa komunikasi secara terus dengan pasangan bukanlah tindakan yang tepat malah kebiasaannya boleh akan berakhir dengan pertengkaran. Ketahuilah swahai kaum lelaki, ketika ini wanita hanya memerlukan ruang untuk berfikir dan menyendiri. Lebih baik katakan kepada si dia bahawa 'Aku sentiasa ada saat bersamamu saat dirimu memerlukan aku.'Ungkapan ini lebih baik bagi menyejukkan jiwanya yang sedang bergelora.



Masa berkualiti.

Wanita sangat suka diberikan perhatian oleh pasangannya, ia akan merasa senang jika dapat menghabiskan waktu lebih lama dengan pasangannya. Di saat melihat si dia sedang moody, apa kata pujuk si dia dengan cara mengajaknya makan malam bersama, keluar berjalan-jalan berdua atau mengajak si dia untuk bercuti bersama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,636 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen