Jodoh Yang Baik Adalah Rahsia Allah SWT.

 

“Lelaki yang baik dengan wanita yang baik dan lelaki yang tidak baik dengan wanita yang tidak baik.”

Jadi, jika kita mahukan pasangan yang baik bermaksud kita kena jadi baik?

Selama ini kita beranggapan bahawa jika kita baik mesti akan dapat pasangan yang baik, bukan? Kerana ada ayat Al-Quran yang menyokong. Tetapi jangan pula kita salah faham dengan ayat Al-Qur’an tersebut.

Kerana ada sahaja wanita yang baik tetapi mendapat pasangan yang tidak baik. Contohnya Asiah dan Firaun, Nabi Luth dan isterinya dan ramai lagi di luar sana.

Ustaz Habib Ali Zainal mengatakan bahawa ayat tersebut adalah salah satu syariat yang Allah turunkan sebagai panduan bahawa orang yang baik akan memilih mereka yang baik sebagai pasangannya dan mereka yang tidak baik akan lebih cenderung memilih pasangan yang tidak baik.

Secara bahasa yang mudah iaitu pasangan yang sekufu.

Ayat Al-Quran ini bukan merupakan janji Allah yang mengatakan mereka yang baik pasti akan mendapat pasangan yang baik. Ayat ini hanyalah panduan untuk kita berusaha mencari pasangan yang baik untuk kita.

Jika terjadi sebaliknya, maka itu bukan kerana silapnya ayat Allah melainkan satu ujian untuk kita.



Allah ingin menguji sejauh mana keimanan kita sebagai hambaNya bila mana ketika diuji dengan manusia yang tidak sekufu dengan kita. Diuji dengan manusia yang mungkin jauh daripada Allah.

Ujian untuk kita sama ada kita berjaya untuk membawa dia kepada Allah, ataupun kita yang terpengaruh dengan dia meninggalkan Allah.

TETAPI BAGAIMANA DENGAN MEREKA YANG DIUJI DENGAN PASANGAN YANG TIDAK BAIK?

“Aku cuba menjadi manusia yang baik tetapi kenapa aku dapat pasangan yang tidak baik?”

Hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu hakikat “baik” untuk setiap hambaNya. Kita hanya tahu apa yang kita nampak secara kasar. Tetapi Allah Maha Tahu setiap hambaNya luar dan dalam. Masa lalu dan masa hadapan semua dalam pengetahuan Allah.

Definisi “baik” atau “tidak baik” seseorang manusia adalah rahsia Allah dalam menentukan soal jodoh. Kita tidak tahu apa-apa melainkan apa yang Allah ajarkan kepada kita.

IA ADALAH RAHSIA ALLAH.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,622 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen