Jika Tiada Duit, Jangan Berlagak Kaya! Tips Untuk Hidup Kesederhanaan Dalam Perkahwinan.

 

Zaman millennial merupakan zaman di mana anak remaja yang berkahwin muda berlumba-lumba untuk bermegahan dengan kemewahan yang dimiliki. Ini kerana apabila hidup kita terlalu berlandaskan sosial media, semua perkara mahu ditunjukkan pada umum tanpa segan silu.



Bukan sahaja terjadi pada anak muda, tidak kira juga pada setiap pasangan yang mempunyai segala platform sosial media, pasti perasaan ingin menunjukkan sesuatu perkara baru itu muncul dalam diri. Dikatanya bukan untuk riak, cuma untuk menunjukkan kebahagiaan.

Keracunan sosial media sehingga mempengaruh setiap insan untuk bermegah-megahan tidak dapat dibendung lagi, sehingga membuatkan pasangan yang telah berkahwin mahu pun bakal berkahwin sanggup berhutang!

Tidak berdosa pun jika hidup dalam kesederhanaan seperti..



1. Berusaha untuk elakkan hutang sehingga memiliki dua kereta, tidak salah jika naik motor berkepit selepas nikah kerana indahnya tidak terkata.

2. Setiap kamar tidur, pasti pasangan mengimpikan set tidur dan meja solek yang sempurna. Di awal perkahwinan, tidak perlu beriya untuk memiliki semua set, tilam tanpa katil juga selesa untuk anda.

3. Jika kalian berdua tidak mempunyai pendapat yang lumayan, jadi kurangkan makan di luar atau di restoran yang fancy atau mewah. Apa kata si suami membeli barang dapur, dan menolong isteri untuk masak. Masak berdua di dapur mampu mengeratkan hubungan kalian.



4. Jangan terlalu teruja jika terlihat jiran atau kawan membeli perabot baru. Apabila terdapat lori di depan rumah jiran, mula lah anda berbisik pada suami “Bang, tengok jiran tu beli perabot baru, malu la nanti dia datang, kita perabot tak ada”

Kenapa perlu malu? MALU LAH JIKA ANDA TERLALU BANYAK HUTANG UNTUK DIBAYAR!

5. Beli lah barang dapur di pasaraya yang dalam bajet anda kalian berdua, tanamkan azam tidak mahu menjadi papa kedana.

6. Tidak perlu ‘smart televisyen’ yang mempunyai sambungan internet dan besar sedepa.



7. Rajinkan diri anda untuk membaca, selain dapat menghilangkan tekanan, ia juga untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang kewangan dan tingkatkan simpanan. Biar tiada harta, asalkan bijak! Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

8. Jangan malu untuk membawa bekal masakan sendiri atau isteri. Tidak berdosa pun. Lebih jimat dan sedapnya sehingga menjilat jari.

9. Perkara biasa pasangan baru berkahwin yang mula hidup di rumah sewa, tanamkan azam untuk tidak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen