Wahai Wanita, Jangan Kuat Melawan Nanti Suami Mudah Menjadi Ego. Panduan Untuk Para Lelaki.

 

Jangan melawan kata-kata suami, kerana syurga si isteri di bawah telapak kaki suami. Tetapi bahagianya sesebuah satu perkahwinan itu, bermulanya daripada si lelaki yang menjadi suami dan bapa pada anak-anak.



Jadi, sebagai lelaki anda perlu…

1. Suami perlu bijak mendidik isteri.

Si isteri sering kali atau gemar mencetuskan kemarahan si suami, buat-buat tidak faham atau sengaja untuk menaikkan amarah si suami hanya kerana mahukan perhatian. Jika ingin bermanja sekalipun, tidak perlu sehingga menjadi tidak bijak untuk mengawal emosi.

Oleh itu, si suami hendak lah didik isteri dengan betul dan bertanggung jawab supaya isteri mematuhi kata-kata anda dan tidak melakukan sesuatu yang anda tidak suka. Mungkin sukar dan akan ambil masa, tapi anda mesti sentiasa berlapang dada dalam mendidik isteri. Ingat, anda adalah nakhoda dalam rumah tangga, menentukan tenggelam atau kapal itu akan terus belayar megah.

Yang penting, JANGAN BERPUTUS ASA!



2. Jangan memaksa.

Anda sebagai suami perlu ingat, isteri juga ada pemikiran dan kemahuannya sendiri. Jangan memaksa mereka dengan  mengikut cara anda sepenuhnya. Pada ketika ini, cuba lah mendidik dan dalam masa yang sama bertolak ansur serta menerima kelemahan isteri.

Wanita bukan robot yang boleh anda kawal menggunakan alat kawalan jauh dan mengikut kehendak anda sepenuhnya. Jika sikap melawannya itu tidak keterlaluan, boleh diterima lagi kan.

Wanita penuh dengan emosi yang kadangkala membuatkan jiwa mereka memberontak dan seterusnya menzahirkan menerusi perbuatan sekiranya ada yang tidak kena di mata mereka.

Bukan bermakna isteri tidak hormat anda sebagai suami, mungkin hanya dengan cara itu sahaja lah untuk dia menyatakan apa yang dia rasa, dengan kata lain cara yang membuatkan anda panas hati.



3. Jangan tinggikan ego.

Sebagai suami, anda pun tidak boleh menunjukkan kekuasaan dan keegoan. Ada kalanya apa yang isteri bantah itu ada benarnya. Jadi, anda sendiri juga PERLU MUHASABAH DIRI. Jangan rasa diri saja yang betul.

Walau apapun yang terjadi suami isteri perlu sedar tanggungjawab masing-masing. Sekiranya anda ingin isteri menghormati anda dan mendengar apa saja arahan anda, dalam masa yang sama anda juga perlu menunjukkan rasa hormat pada isteri.

Jangan asyik mahu menang saja dan rasa diri anda TIADA LANGSUNG kesilapan. Buang tanggapan isteri wajib patuh arahan anda dan tidak layak untuk memberi pandangan dan pendapat mereka. Itu kesilapan besar dalam rumah tangga!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,220 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen