Pentingnya Memandang Hati Dahulu Sebelum Memandang Rupa Yang Menarik Di Mata.

 

Ramai yang lebih mementingkan rupa paras berbanding dengan hati seseorang itu. Betul, rupa paras itu adalah tarikan utama bagi seseorang individu. Dengan rupa paras itu seseorang mampu terpaut dengan pandangan pertama. Tetapi kadang kala, rupa paras itu tidak melambangkan hati seseorang. Sebenarnya, kedua-duanya adalah penting dan perlu selaras. Mari ketahui mengapa hati lebih penting berbanding rupa paras.

“Memilih wanita yang berparas cantik itu lebih menenangkan hati, mata jadi tidak melirik ke wanita lain, juga semakin menyempurnakan kasih sayang. Oleh karenanya, dalam Islam disyari’atkan memandang wanita yang ingin dinikahi.” (Al Mughni, 9: 511)


Namun begitu, hati juga memainkan peranan yang penting. Mengapa?

1. Hati lebih ikhlas.

Apabila memandang hati, ia sebenarnya lebih ikhlas. Dalam setiap perbuatan yang dilakukan terhadap anda akan lebih ikhlas. Anda juga akan merasai keikhlasan itu.

2. Rasa sayang dan cinta tak akan mudah hilang.

Apabila memilih hati, rasa sayang dan cinta itu akan kekal di dalamnya selamanya. Daripada saat percintaan sehingga perkahwinan, hati akan menyimpan dengan baik rasa kasih dan cinta itu jika hendak dibandingkan dengan rupa paras.



3. Lebih mudah membentuk hubungan.

Penerimaan setiap teguran itu lebih mudah. Hal ini kerana, rasa sayang yang ada dalam hati itu menyebabkan segala teguran itu akan diterima dengan baik walaupun ada ketika dia akan membantah.

Jadi dalam memilih pasangan itu, jangan dilupa memandang keduanya, sama ada hati mahupun rupa parasnya. Hal ini kerana, kedua-duanya penting untuk menjayakan satu hubungan yang bahagia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,809 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen