Fungsi Doa Makan Juga Untuk Keharmonian Rumah Tangga. Ikuti Kisah Ini, Dan Rahsianya.

 

Seorang saudara bernama Rizal Alhaj bertemu dengan seorang Ustaz Sadini yang merupakan bekas doktor, berkongsi rahsia tentang doa makan..

Ustaz Sadini bertanya;

“Pernahkah kamu mendoakan anggota badan isteri kamu ?”

“Ada puan-puan mendoakan anggota badan suami? Suami pula ada mendoakan untuk anggota badan isteri?”

Dan saurdara Rizal menjawab;



Saya biasa doakan isteri saya dalam setiap sujud terakhir ketika solat. Memohon supaya Allah S.W.T mempermudahkan apa juga yang isteri lakukan, menjadi isteri dan ibu yang penyayang serta penuh tanggungjawab”

Ustaz Sadini menyambung;

“Baik. Saya tidak mengatakan perkara itu salah. Cuma kurang betul. Kurang betul kerana pasangan suami isteri harus mendoakan anggota badan antara satu sama lain. Tetapi tidak ramai pasangan yang melakukan perkara ini. sebab itu, kurangnya hubungan yang mawaddah di dalam rumahtangga”

Persoalannya, bagaimana ingin mendoakan anggota tubuh badan pasangan secara terperinci ? Ini caranya..

Pegang tangan suami/ isteri anda, usap tangannya sambil membaca;

“Allahumma Barik Lanaa Fima Rozaktana Wakina A’Azabannar”

Habis baca, sambung dengan;



“Ya Allah, berkati tangan suami/isteriku agar digunakan ke jalan yang baik, diharamkan dari api neraka”

Saudara rizal pelik. Doa makan? Itu yang Ustaz Sadini beritahu. Ramai tahu dan hafal doa makan. Ramai ingat doa makan ini di baca ketika makan sahaja.

Sebenarnya banyak fungsi doa makan ini, malah untuk meminta apa sahaja yang kita ada agar diberkati oleh Allah SWT.

Ulang perkara yang sama di setiap anggota badan pasangan kita. Ketika isteri hamil, bacakan juga doa tersebut sambil lekapkan tapak tangan di perut isteri.

Ketika sedang bersama, lekapkan tapak tangan di dada suami/isteri dan bacakan doa tersebut. Minta hatinya diberkati Allah SWT dan tidak terfikir langsung untuk berbuat perkara yang tidak disukai. Minta diharamkan hatinya dari api neraka.



“Allahuakbar, pasti ramai tidak mengetahui tentang perkara ini? Pernah doakan atau tidak anggota tubuh pasangan kita?”

Yang terakhir, Ustaz Sadini kongsikan, ketika suami membawa pulang sekampit beras, waktu si isteri ingin mencurahkan beras ke dalam tong beras, pegang butiran beras itu sambil bacakan;

“Allahumma Barik Lanaa Fima Rozaktana Wakina A’Azabannar”

Doa agar setiap butiran beras itu diberkati Allah SWT. Semoga kita semua mendapat manfaat bersama.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,904 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen