Lelaki Suka Menipu Pasangan? Mari ketahui Mengapa Mereka Menipu.

 

Siapa yang suka menipu pasangan? Baik lelaki mahupun wanita, kedua-duanya mempunyai keinginan menipu yang tinggi. Tetapi kali ini, kita akan berkongsi mengapa seseorang lelaki itu menipu pasangannya. Adakah demi menjaga hati pasangannya atau hanya ingin menjaga keselamatan dirinya daripada perbuatannya diketahui pasangnya. Mari ketahuinya.



1. Tidak mahu pergaduhan.

Wanita ini apabila sudah bergaduh dengan pasangan sudah pasti lambat redanya. Kalau bergaduh sudah menjadi satu kerja lain untuk memujuk pasangannya. Jadi penipuan yang dilakukan oleh seorang lelaki kerana tidak mahu pergaduhan berlaku.

2. Terlalu takut untuk menyakiti hati anda.

Mungkin kejujuran yang akan diluahkan olehnya itu akan melukakan hati anda. Dirinya pula tidak sanggup untuk melihat anda terluka kerana satu kejujuran. Maka penipuan adalah jalan yang akan dipilih oleh dirinya.

3. Untuk mendapatkan ruang untuk diri sendiri.

Kadang kala anda mungkin memberi sedikit tekanan terhadapnya. Jadi mereka tidak mempunyai alasan lain untuk lari dari anda. Maka dengan itu, penipuan adalah jalan yang terbaik untuk dirinya.


4. Untuk meningkatkan ego mereka.

Penipuan yang dilakukan pula hanya untuk meningkatkan ego mereka. Di mana mereka ini akan menyatakan seolah-olah anda yang bersalah ataupun pihak lain yang bersalah dalam perkara itu.

5. Untuk menguji anda.

Penipuan yang diciptakan itu sengaja dilakukan hanya demi menguji anda. Sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku. Dia hanya ingin melihat bagaimana anda menghadapinya setelah mengetahuinya.

Penipuan ini kadang kala perlu demi menyelamatkan hubungan dan juga diri sendiri. Tetapi jika penipuan itu kerap dilakukan ia juga akan memakan hubungan tersebut. Jadi hati-hati apabila menipu pasangan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,543 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen