Apa Yang Seorang Lelaki Mahu Dari Pasangannya Tetapi Tidak Pernah Diluahkan.

 

Bukan wanita sahaja yang mahu sesuatu dari pasangannya, lelaki juga mahukan sesuatu. Ia bukan hanya melibatkan kesetiaan dan kejujuran dalam perhubungan, kerana perkara itu sememangnya perlu dalam hubungan. Tetapi terdapat perkara lain lagi yang seorang lelaki tidak pernah luahkan dan katakan pada pasangannya. Tetapi, ia berharap bahawa pasangnya akan memahami apa yang dirinya inginkan itu. Apa yang seorang lelaki mahu selain dari kesetiaan, kejujuran dan kasih sayang seorang wanita? Mari ketahuinya.



1. Dihormati.

Walaupun mereka ini kerap sambil lewa dengan kelakuan pasangannya, tetapi mereka masih lagi ingin dihormati sebagai seorang pasangan bukan sebagai seorang sahabat. Walaupun kadang kala kelakuan pasangannya sedikit menyakitkan hatinya, tetapi ia masih lagi mahukan dirinya dihormati.

2. Sokongan padu.

Bukan hanya wanita memerlukan sokongan apabila terlibat dalam masalah yang sukar diselesaikan, lelaki juga mahukan perkara yang sama. Sokongan dari seorang wanita yang dikasihi akan membuat dirinya lebih bersemangat untuk menghadapi dan menjalani harinya.

3. Masa untuk dirinya.

Seorang lelaki juga inginkan masa untuk dirinya sendiri. Di mana mereka ini mahukan masa untuk melepak bersama rakan-rakannya dan juga masa untuk dirinya bermain seperti games mahupun bersukan. Jika tiada perkara seperti itu, dirinya akan cepat bosan dengan hubungan.


4. Penghargaan.

Jika wanita suka diberikan hadiah sebagai tanda penghargaan lelaki tidak seperti itu. Tetapi ia amat mencukupi apabila pasangannya itu selalu berterima kasih serta menerima dirinya tanpa membandingkan dengan orang lain.

5. Kata-kata pujian.

Selalunya wanita sahaja yang ingin dipuji dengan kata-kata yang membuat dirinya bangga. Sebenarnya lelaki juga inginkan pujian yang mampu membuat dirinya tersenyum dan berbangga akan dirinya. Walaupun perkara itu sudah diketahui oleh dirinya sendiri.

Kita selalunya lebih mementingkan hati seorang wanita berbanding hati seorang lelaki. Bukan hanya itu, kita kerap meminggirkan kemahuan seorang lelaki dan mengutamakan kemahuan seorang wanita. Walhal, kedua-duanya penting dalam menjaga dan memenuhi keinginan tersendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,940 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen