Wahai Lelaki Hentikan 5 Kelakuan Yang Membuat Wanita Kurang Selesa.

 

Wanita bukan sahaja mementingkan kebersihan dan penampilan dari seorang lelaki, tetapi ia juga mementingkan kelakuan seseorang itu. Ini kerana seorang lelaki akan menjadi contoh buat anak-anaknya kelak. Maka dengan itu, kelakuan yang baik akan mempengaruhi perkembangan waris yang baik. Bukan itu sahaja, kelakuan yang baik juga akan memberi keselesaan kepada pasangannya. Berikut adalah lima kelakuan lelaki yang selalu membuat wanita tidak selesa.



1. Merokok.

Merokok sangat membahayakan kesihatan. Bukan hanya pada perokok itu sendiri tetapi orang di sekelilingnya juga akan turut mendapat tempias. Asap yang dihembuskan oleh seorang perokok biasanya akan membuat seorang wanita tidak akan merasa selesa.

2. Berbangga dengan badan yang mempunyai 6 pack.

Wanita tidak memandang dan mementingkan bagaimana tubuh badan seseorang lelaki itu. Ia akan menjadi tidak selesa apabila seseorang lelaki mula bercakap dan berbangga dengan 6 pack yang dimiliki.

3. Tidak ada budi bahasa.

Memiliki budi bahasa yang baik adalah amat penting. Ia demi menjaga hati sesiapa sahaja baik yang dikenali mahupun tidak. Ia juga sangat memalukan wanita apabila pasangannya adalah seorang yang tidak mempunyai budi bahasa dan sedikit kurang ajar.


4. Berfikiran cetek.

Setiap orang harus bersedia menerima pandangan orang lain dari sudut positif dan negatif. Tetapi jika setiap perkara yang diperkatakan akan dipandang dari sudut negatif ia akan menjadi merimaskan dan perbualan biasanya akan terhenti selepas mendengar hujah yang negatif.

5. Sombong.

Kelakuan yang sombong ini amatlah tidak disukai wanita. Tidak mengapa sekiranya tidak mahu mengambil tahu dengan keadaan sekeliling tetapi jangan pernah merasakan anda sangat bagus sehingga memandang rendah terhadap orang lain.

Kelakuan ini mungkin kelihatan agak remeh, namun ia adalah kelakuan yang kerap kali membuat wanita sukar untuk merasa selesa walaupun seseorang lelaki itu mempunyai rupa dan penampilan yang baik. Kerana setiap kelakuan itu akan melambangkan diri mereka sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,662 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen