'Andainya Takdir', Singkap Realiti Kisah Benar Sisi Pesakit Mental Othello Syndrome.

 

Bagi yang tengok dan mengikuti drama 'Andainya Takdir'ini, yang menggandingkan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar sebagai pelakon utama, pasti terkesan dengan watak lakonan Aril dan Tiha ini. Banyak pengajaran dan kisah realiti yang dikongsikan didalam drama ini. Sinopsis drama ini,mengisahkan ketabahan Fatihah dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil yang penuh cabaran. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleeya dan kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Setiap perbuatan dan gerak geri Fatihah diperhatikan Airil. Fatihah akan dipukul walaupun silapnya hanya sebesar kuman.



Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu. Andainya Takdir, cukup menyentuh emosi.Macam-macam perasaan ada.Rasa geram, takut, sakit hati dengan watak Aril tu.Tapi pada masa yang sama, watak dan personaliti Aril boleh bertukar 100 peratus, jadi sangat baik,romantik,'sweet'dan sangat caring. Hakikatnya, kisah drama ini memang wujud dan realiti yang berlaku dalam masyarakat dan kehidupan rumahtangga. Ramai isteri yang menderita dan sengsara apabila mempunyai suami yang jenis cemburu buta atau memiliki penyakit Mental Othello Syndrome ini.Namun memilih untuk bertahan dan berkorban rasa demi anak-anak dan sisa kasih pada si suami.



Penyakit Othello syndrome adalah kelainan emosi di mana seseorang merasa yakin bahawa pasangannya itu tidak setia atau curang, walaupun tanpa memiliki bukti yang jelas. Lebih mudahnya disebut cemburu buta. Penderita penyakit ini juga terdorong untuk mengasari pasangannya secara berlebihan dalam sedar atau tanpa sedar. Antara punca-punca wujudnya penyakit ini dalam diri seseorang adalah kekecewaan dalam percintaan sebelum ini, pernah dikhianati dan termakan hasutan-hasutan orang sekeliling.

Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap penyakit ini:

1.Menuduh pasangan curang tanpa bukti.
2.Melarang pasangan pergi ke mana-mana kecuali dengannya.
3.Selalu mengeksploitasi pasangan.
4.Mencari bukti curang walaupun tidak wujud pun sebenarnya.



5.Mengamuk dan mencederakan pasangan.
6.Selalu memantau kegiatan pasangan.
7.Komunikasi 24 jam tanpa henti.
8.Mengancam akan membunuh.

Cuba semak semula adakah ciri-ciri ini wujud dalam diri sendiri, pasangan atau rakan-rakan jika ada, mungkin anda perlukan perkhidmatan psikiatri dan mendapatkan rawatan sebelum menjadi lebih parah. Penyakit ini memang tidak dapat dirawat jika hanya bergantung kepada diri sendiri saja. Pesakit perlu mendapatkan rawatan di hospital bahagian psikiatri bagi mengelakkan situasi yang lebih serius seperti penderaan dan pembunuhan. Namun,dalam Islam kita diajar untuk perbanyakkan istighfar, berzikir dan berwuduk jika amarah menguasai diri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,917 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen