Tiada Wanita Yang Sempurna...

 

Bacalah Wahai Suami, agar kamu mengerti..


Seandainya mahu memilih wanita yang bekerjaya, perlu lah kamu menerima si dia sama-sama bekerja keras mencari rezeki dan mungkin tidak mampu untuk mengemaskan rumah..

Seandainya mahu memilih wanita yang tidak bekerja, menguruskan rumah tangga dan menunggumu saat pulang dari kerja, maka harus lah menerima dia mungkin tidak mampu untuk menjana pendapatan..

Seandainya mahu memilih wanita yang turuti apa sahaja kehendakmu, maka dengar sahaja tanpa bantahan. Dan harus lah terima menerima yang dia mungkin tidak pandai berdikari..

Seandainya mahu memilih wanita yang berani dan cekal, maka harus lah menerima ketika dia mempunyai jawapan dan berani menegakkan hak dan pendirian..

Seandainya mahu memilih wanita yang sempurna cantiknya, maka harus lah kamu bersedia untuk memberikannya duit untuk sentiasa mencantikkannya ..

Seandainya mahu memilih wanita yang hebat, maka harus lah kamu menerima bahawa si dia tidak mudah menyerah kalah dan amat keras kepala..

Sedar lah kamu wahai lelaki, tiada wanita yang sempurna di atas muka bumi yang nyata ini, dan yang sempurna itu hanya lah bidadari di syurga..

Dan sedar lah juga kamu wahai lelaki, jangan mengeluh, di saat kamu telah menunaikan janji untuk hidup semati dan berakad nikah, di saat itu, kamu perlu menyayangi si dia hingga hujung nyawa..

Kerana lelaki zaman sekarang semuanya mengharapkan wanita yang lemah lembut, bijak memberi perhatian dan mempunyai badan cantik, berdikari dan pandai mencari duit sendiri , malah menjaga rumah tangga keseorangan, hormat pada orang tua, baik hati pada anggota keluargamu..

Tetapi cuba soal pada diri anda sendiri, apakah yang anda miliki sehinggakan mahu isteri yang terlalu sempurna? Adakah anda sanggup melakukan apa sahaj untuk si dia? Adakah anda mempunyai rupa paras kegilaan ramai gadis dan memiliki badan yang sasa?

Atau mempunyai harta dan wang yang terlalu banyak? Atau anda hanya lah seorang yang penuh kekurangan dan memerlukan perhatian dan kasih sayang semata-mata daripada seorang isteri?

Jika anda sendiri tidak sempurna , jangan pernah TUNTUT kesempurnaan dari isteri sendiri dan belajar lah erti bersyukur..

Kerana isteri yang baik atau buruknya bergantung daripada suami..

CANTIK, apabila si suami memberikan hak berhias..

AKHLAK BAIK, apabila si suami mengajarkan budi pekerti..

PANDAI, apabila si suami mengajarkan ilmu yg baik..

SOLEHA, apabila si suami membimbing ke agama yg baik..

 


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 489,052 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen