Hadiah Yang Sesuai Untuk Diberikan Kepada Lelaki.

 

Pastinya wanita di luar sana sering mengalami kebuntuan dan pening memikirkan tentang hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada teman lelaki atau suami. Di sini dikongsikan beberapa jenis hadiah yang boleh diberikan kepada lelaki terutama pada hari jadinya.



1. Dompet

Jika diperhatikan, kebanyakan lelaki sering menggunakan dompet untuk tempoh masa yang lama, selagi belum rabak teruk, selagi itu diguna. Mereka ini bukannya tidak berduit, namun kebiasaannya alasan yang selalu ditanya adalah tiada masa nak memilih dan membeli yang baru. Jadi, wanita bolehlah menjenguk dompet pasangan anda, jika sudah tidak berupa dompet lagi, maka bolehlah memberi dompet sebagai hadiah untuk si dia.

2. Tali pinggang

Sama juga seperti dompet, mereka akan menggunakan tali pinggang selagi kepalanya tidak tercabut atau putus dua. Agak kelakar jika diceritakan namun itulah realiti yang diceritakan oleh lelaki sendiri.


3. Topi atau Cap

Berbeza dengan dompet dan tali pinggang, topi atau cap biasanya dimiliki lebih dari satu. Namun tidak semua lelaki suka pakai cap. Bagi penggemar cap, mereka lebih cenderung untuk mengumpul pelbagai jenis cap untuk koleksi dan untuk dipakai juga. Ada juga wanita yang meletakkan cap sebagai salah satu barang hantaran di atas dulang. Tetapi mestilah cap yang berharga mahal, setanding dengan kualitinya.

Walau bagaimanapun, wanita perlu tahu tentang minat pasangannya, dan hadiah yang dibeli mestilah sesuai dengan cita rasa si dia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,312 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen