Cara Menolak Cinta Tanpa Melukakan.

 

Ramai antara kita yang berdepan dengan masalah untuk menolak cinta tanpa mengguris hati seseorang. Biasanya perasaan tidak sampai hati sering timbul apabila seseorang yang tidak dicintai mengatakan cinta. Namun kejujuran perlu ada untuk mengelakkan si dia menaruh harapan atau rasa dipermainkan. Terdapat beberapa cara untuk menolak cinta dengan baik.



1. Mengatakan ketidaksediaan.

Berterus terang dengannya tentang ketidaksediaan untuk bercinta. Ada kalanya ini merupakan alasan yang logik kerana seseorang yang baru putus cinta memerlukan masa untuk memulakan kembali dengan orang baru.

2. Teman tapi mesra.

Sekiranya tidak mempunyai perasaan yang sama, maka katakanlah ingin menjadi teman tapi mesra sahaja dengannya. Dengan itu si dia tidaklah kecewa besar dan terasa seperti cinta ditolak. Ada kala teman tapi mesra lebih erat berbanding hubungan cinta.


3. Mungkin bukan jodoh kita.

Adakalanya, sebelah pihak pasti merasakan sesuatu yang tidak kena apabila ingin memulakan sesuatu hubungan yang baru. Setiap orang seharusnya tidak perlu tergesa-gesa untuk memulakan langkah pertama, bimbang tidak ada keserasian dan kemungkinan cinta ditolak. Oleh itu, sekiranya rasa tidak sedap hati, beritahu si dia bahawa mungkin bukan jodoh kita.

Menolak cinta boleh dilakukan dengan pelbagai cara, bezanya bergantung sama ada mahu menggunakan cara yang baik tanpa melukakan dan memalukan, atau menggunakan cara yang tidak sopan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,186 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen