Apa Yang Terjadi Pada Isteri Jika Suami Gagal Mendidik?

 

Ilmu kekeluargaan sangat penting untuk dipelajari sebelum dan selepas perkahwinan. Pasangan seharusnya tidak boleh melepas tangan dalam segala hal rumah tangga. Mengikut peredaran masa, wanita juga bekerja mencari rezeki untuk keluarga, sama seperti si suami.

Jadi, si suami tidak boleh samakan isteri zaman sekarang dengan zaman dahulu di mana, si isteri hanya menunggu kepulangan suami di rumah dan berkain batik. Suami isteri perlu tahu apakah punca disebalik isu ini semua.

Suami peru tahu, isteri menjadi degil apabila perangai suami yang tidak sesuai dengan keinginan si isteri, suami yang tidak menghargai susah payah si isteri, malah si isteri juga terlalu meletakkan standard yang tinggi pada si suami sehingga menyebabkan peperangan besar berlaku.

Malah ia mungkin berpunca daripada pasangan yang bersikap tidak matang, kuat cemburu dan terlalu berdikari. Di kaca televisyen, sudah mula memaparkan watak isteri yang dominan daripada suami, sehinggakan segala kata-katanya pula harus dipatuhi.

Suami yang berdepan isteri dominan hingga enggan mendengar kata, perlu mendalami ilmu menangani dan bertoleransi dengan pasangan.

Para isteri pula perlu terus membaca agar dapat mengenal pasti sama ada anda tergolong dalam wanita bercirikan ini.

Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie berkongsi cara pasangan dapat menghadapi situasi ini.

ISTERI MENJADI TERLALU BERDIKARI DAN EGO!

“Ego adalah fitrah setiap manusia, perlu ada untuk menjaga harga diri. Sekiranya terlalu keterlaluan dan boleh menganiayai orang lain maka suami perlu melakukan sesuatu. Jika dibiarkan sahaja harga diri si suami boleh tercalar dan boleh dianggap dayus,”

Namun ia tidak bermakna juga suami boleh menjadi diktator sehingga isteri langsung tidak boleh bersuara, tambahnya.

“Ketika ini lah komukasi yang positif perlu iaitu berterus terang dan lakukan perbincangan,”

Suami yang mempunyai isteri yang biasa berdikari seumpama memperolehi bonus besar. Namun pesanan untuk isteri, jangan terlalu berdikari sehingga suami merasakan dirinya tidak diperlukan kerana padahnya akan kembali kepada isteri jika suami mula lupa diri dan mengabaikan tanggungjawab.

“Selain itu, kebiasaan berdikari atau bertindak sendiri bukan kunci untuk bersikap degil dan keras kepala terutama setelah si isteri menerima seorang lelaki sebagai suami. Suami adalah ketua keluarga yang perlu dihormati, perintahnya perlu ditaati dan larangannya perlu dipatuhi selagi ianya tidak melanggar syariat…”

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,537 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen