Mengapa Suami Orang Lebih Memikat Hati Gadis? Dan Cara Untuk Membendung Masalah Ini.

 

Perubahan sikap apabila usia perkahwinan semakin bertambah pasti menakutkan semua pasangan. Tetapi masih ada di antara mereka yang setia walaupun anda tidak lagi seperti dahulu. Contoh terdekat sudah tentulah ibu bapa kita yang masih saling sayang-menyayangi walapun sudah di usia senja.

Jika si suami mampu bertahan dengan sikap anda sebelum ini, pasti dia sudah boleh terima baik buruk anda untuk tempoh masa 10 tahun akan datang. Jika ada insan lain datang di dalam hidupnya selepas anda pasti ia tidak sama dan yakinlah bahawa anda tetap yang teristimewa.

Punca suami orang lebih memikat hanya kerana mempunyai kewangan yang stabil dan berjawatan tinggi di dalam syarikat. Ini secara tidak langsung memberi jaminan masa depan yang lebih cerah pada si gadis tersebut.

Selain itu emosi lelaki ketika menginjak umur menjadi terkawal dan penyabar, oleh kerana itu si gadis hanya nampak lelaki berusia ni cool dan sabar melayan kerenah mereka.

Jadi, wanita yang sudah berkahwin di luar sana harus mengubah diri pikat suami dengan…

1. Wujudkan semula hubungan romantik.

Apabila sudah lama berkahwin, pasangan selalunya akan mengambil mudah atau terlepas pandang mengenai hubungan intim suami isteri. Ini bukan hanya hubungan intim semata-mata tetapi lebih kepada sikap saling-sayang menyayangi seperti waktu sedang bercinta. Cipta semula momen indah anda dan suami pasti dia tidak akan cari lain.

2. Jangan menjadi seperti ibunya.

Lelaki paling tidak suka apabila isterinya cepat melenting atau suka membebel. Faktor usia, wanita akan jadi seperti ini terutama apabila sudah mempunyai anak. Jangan melayan suami seperti anda melayan anak kecil. Dia mahukan isteri yang boleh bermanja bukan isteri yang suka marah-marah.

3. Buang sikap suka membuat andaian negatif.

Wanita terkenal dengan sikap cemburu dan gemar berfikir yang bukan-bukan. Inilah sikap yang sukar dikikis namun dapat dikawal. Elakkan berprasangka buruk kepada suami. Cuba percaya dan yakin dengannya. Tidak semua lelaki pulang lewat kerana berjumpa perempuan lain di luar.

4. Ubah penampilan.

Apabila sudah berusia ramai wanita mula tidak mengambil berat penampilan mereka. Tiada lagi baju cantik atau muka berseri dengan solekan. Inilah kesilapan yang mereka tidak sedar. Lelaki suka jika isteri mereka nampak sempurna. Biarpun berusia, pastikan penampilan anda sedap dipandang suami.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen