Mengapa Lelaki Lebih Mudah Curang Daripada Wanita?

 

Curang sering kali dikaitkan dengan lelaki, kerana lelaki yang mudah memberi cinta, memberi harapan dan melayan wanita lain hanya kerana mengikut nafsu mereka sendiri. Oleh kerana itu, mereka memandang poligami ini mudah kerana ada kuasa untuk mengahwini 4 orang wanita.

Jadi, sebelum hubungan anda kecundang dan putus di tengah jalan gara-gara lelaki curang, ayuh cepat selamatkan. Jom lihat sebab-sebab mengapa lelaki suka dan mudah curang dengan pasangan mereka.

1. Kerana pernah ditipu.

Alasan yang agak tipikal tidak kira sama ada untuk lelaki dan perempuan, ditipu di dalam hubungan cinta yang sebelumnya membuatkan seseorang itu mencari keseronokan dengan menipu insan lain pula. Ini adalah konsep mudah yang semua orang tahu.

2. Kerana peluang yang sedia ada.

Saat pasangan tiada disisi, lelaki akan mula menunjukkan taringnya apatah lagi dia merasakan pasangannya tidak akan tahu apa yang sedang dilakukannya di belakang pasangannya itu. Ini akan membuka peluang untuk lelaki berfoya-foya dengan wanita lain.

Media dan telekomunikasi membawa kenaikan drastik kepada peningkatan kadar penceraian. Namun perlu diingatkan, ketika lelaki leka mencuri peluang, wanita pasti sibuk memasang ‘spy’. Hati-hati!

3. Kerana mahu ‘test market’.

Setia dengan perhubungan jangka masa panjang boleh membuatkan lelaki menjadi sangsi dengan ‘saham’ dirinya. Adakah dia masih tampan dan macho pada mata wanita di luar sana? Jadi mereka akan cenderung untuk cuba mengorat dengan mana-mana wanita atau bermain SMS romantis.

Gejala ini mungkin hanya sementara atau sekadar cuba-cuba tetapi kalau silap perhitungan, pasangannya mungkin berputih mata.

4. Kerana tiada perasaan cinta.

Kalau hati sudah tidak suka, apa yang perlu dihiraukan lagi. Lelaki yang curang mungkin dalam perancangan ke arah memutuskan hubungan dengan anda. Barangkali juga mereka belum mempunyai sebab yang kukuh untuk putus atau masih perlukan anda hanya kerana wang, pengaruh atau pelajaran.

5. Hanya kerana kesalahan diri sendiri.

Tiada alasan lain yang lebih tepat daripada mengakui kesilapan sendiri. Kegagalan mengawal emosi dan dibelenggu hawa nafsu yang rapuh menjurus kepada berlakunya kecurangan. Setiap masalah yang menimpa dan badai seperti tsunami, si lelaki hendaklah tanganinya dengan akal yang waras dan berhemah.

Lelaki juga yang sebagai pemimpin haruslah berusaha untuk mengekalkan hubungan yang dibina dan bukannya mencari jalan mudah!

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,110 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen