Personaliti Lelaki Melalui Warna Kegemaran Mereka.

 

Warna mempunyai pengaruhnya yang tersendiri terhadap personaliti seseorang kerana ia melibatkan minat dan perasaan. Bagaimanapun, warna kegemaran seseorang lelaki lebih ringkas. Kebiasaannya kebanyakan daripada mereka menggunakan warna kegemaran hanya pada kereta, cat rumah atau bilik dan baju untuk dipakai ke tempat kerja.

Maka, ia cenderung menggambarkan perwatakan lelaki tersebut dengan mata kasar..

1. Merah.

Perwatakan mereka seperti suka memaksa orang lain. Ia melambangkan sikap dominan, kuasa dan perhatian. Mereka juga tidak takut untuk menonjolkan dirinya di khalayak ramai. Golongan ini sering mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam hal percintaan kerana mereka cenderung untuk menyembunyikan perasaan.

2. Biru.

Menurut kajian biru adalah warna komunikasi yang mana ia berkait rapat dengan kelenjar tiroid yang mengawal metabolism badan dan lontaran suara.

Si dia mungkin adalah seorang yang pasif atau lambat dalam membuat keputusan. Golongan ini juga kelihatan tenang, tetapi dalam hal cinta mereka lebih memendam dan menyembunyikan perasaan. Mereka juga adalah seorang yang ringkas, sempoi dan lebih gemarkan kesederhanaan.

3. Hitam.

Mereka kelihatan begitu maskulin, sofistikated dan mampu menyesuaikan diri di mana sahaja. Mereka juga nampak mewah dan sangat menghargai kemewahan yang dimilikinya. Golongan ini juga mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi dan berani.

Kadang kala mereka mempunyai sokongan orang ramai dan berpengaruh, dan juga mereka ini agak mementingkan diri sendiri malah tidak suka dikawal.

4. Putih.

Warna putih sangat sinonim dengan kebersihan dan keasliannya tersendiri. Jadi pada si dia yang menggemari warna putih ini juga sangat cermat dalam pelbagai hal. Mereka seorang sangat teliti, dan jika orang luar mahu menipu dirinya, berkemungkinan dapat dkesan dengan cepat.

5. Hijau.

Lelaki yang selalu memilih warna ini sebenarnya seorang yang bersikap tenang dalam apa jua keadaan. Mereka juga tidak mudah melatah dan marah apabila berdepan masalah, malah dikatakan bijak mengendalikan hal-hal kewangan.

6. Kuning.

Lelaki yang menggemari warna ini biasanya akan dikategorikan sebagai pengecut atau penakut dan suka memaksa apabila dalam perhubungan cinta. Lelaki yang memakai pakaian berwarna kuning adalah mereka yang merangsang visualnya dan pemikiran.

Tetapi golongan ini bersikap optimistik dan yakin terhadap kerjaya serta mempunyai masa depan yang cerah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen