Tanda-Tanda Anda Masih Tidak Boleh Memaafkan Si Dia.

 

Pasangan berkasih tidak selalunya indah dan berbunga. Ada kala inginkan ruang masing-masing untuk bertenang ketika pertelingkahan berlaku. Tidak pula mahukan perpisahan, cuma mahu kan ruang untuk berfikir dan memaafkan dirinya.

Situasi ini seperti masing-masing ego, kerana terlalu sukar untuk mengungkapkan kata maaf, jadi jom ketahui anda masih mahukan ruang dan tidak mampu memaafkan pasangan..

1. Anda tidak suka melihat si dia keluar bersama rakan anda.

Tidak semua pasangan akan berkawan baik dengan sahabat anda sendiri, tetapi lain pula ceritanya apabila si dia akrab juga dengan semua sahabat baik anda. Lebih terkilan apabila, anda dan si dia bergaduh, tetapi sahabat lebih memilih si dia untuk di ajak keluar bersama.

Perkara sebegini sebenarnya lebih melukakan hati anda sendiri kerana kalian berdua mempunyai kelompok kawan yang sama. Wanita lebih cenderung untuk meluahkan perasaan atau berkongsi cerita dengan sahabat sendiri. Tetapi jika situasi ini berlaku, ia seperti tiada privasi dan bayangan si dia tetap masih ada.

2. Anda merasa kekok apabila bertemu dengan si dia sendirian.

Apabila kalian berdua seperti sukar untuk mengungkapkan kata maaf, pasti perasaan cinta menjadi semakin tawar dan masing-masing seperti tidak mahu memulakan langkah bermaafan. Jadi ia pasti membuatkan pasangan berasa kekok apabila bersama, dan suasana tidak lagi seperti dahulu.

Tidak perlu menunggu siapa yang patut memujuk dahulu, kerana ia akan berlarutan berpanjangan. Jika inginkan hubungan yang bahagia, jangan menjadi ego pada yang tercinta.

3. Anda masih lagi merasa tidak berpuas hati pada si dia.

Jika anda sukar memaafkan si dia, pasti setiap perilaku yang si dia lakukan menjadi jelek dimata anda. Anda sering berasa tidak puas hati dengan setiap tindakan si dia, dan seperti mahu melarikan diri daripada konflik daripada menyelesaikannya.

4. Anda tidak mahu pergi ke tempat kegemaran kalian berdua.

Setiap pasangan bercinta pasti ada tempat kegemaran untuk meluangkan masa. Tidak kira sama ada restoran, taman bunga, panggung wayang, kemungkinan zoo, atau pun library jika pasangan yang suka membaca, malah mana-mana kompleks membeli belah.

Jika anda pergi sahaja ke tempat kegemaran ini, anda seperti masih tidak dapat memaafkan dirinya dan terngiang-ngiang setiap bait-bait kenangan di minda anda.

Jangan lah terlalu sukar untuk memaafkan diri si dia, lepaskan amarah anda dan belajar lah untuk berfikiran positif. Lepaskan segala aura-aura negatif dalam diri anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,284 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen