Tips Perkahwinan Pada Bakal Pengantin.

 

Perkahwinan bukanlah semudah yang anda sangkakan. Jika anda dan pasangan masih lagi kurang ilmu di dada, dalami ia dan bersedialah dengan segala ilmu rumah tangga. Perkongsian menarik tentang tip perkahwinan dari Ustaz Azhar Idrus ini elok dijadikan panduan dalam melayari rumah tangga.

1. Ketika mencari calon.

Seorang lelaki haruslah mencari calon isteri yang bersifat keibuan dan mampu melahirkan zuriat, manakala wanita harus lah mencari calon suami yang bersifat kekeluargaan yang tinggi supaya dapat menjadi bapa untuk anak-anak kelak.

2. Ketika melamar.

Dan beringat lah wahai lelaki, ketika anda mahu melamar seorang gadis, anda meminta kepada Allah SWT melalui orang tua atau wali si gadis tersebut.

3. Ketika akad nikah.

Sebagai muslim, beringat lah anda berdua bernikah di hadapan Allah SWT, maka persiapkan diri untuk menguruskan perkahwinan dengan molek dan dituntut Islam.

4. Ketika resepsi pernikahan.

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan doa mereka.

5. Ketika malam pertama.

Oleh kerana itu, pentingnya solat sebelum bersama. Perlu belajar untuk bersyukur kerana mendapat rezeki untuk berumah tangga, dan bersabar lah kerana anda adalah manusia yang banyak kekurangan.

6. Selama menempuh hidup berkeluarga.

Sepanjang alam perkahwinan, tidak semuanya berlalu dengan indah, tetapi penuh dengan cabaran yang anda perlu lalui.

7. Ketika rumah tangga goyang.

Jangan terus memikirkan tentang perpisahan dan perceraian, tetapi peganglah erat tangan bersama untuk menempuh dugaan perkahwinan.

8. Ketika belum memiliki anak.

Ini lah peluang untuk kalian berdua mencintai antara satu sama lain secara total.

9. Ketika telah memiliki anak.

Cintailah anak sebagaimana kalian mencintai antara satu sama lain, tetapi jangan kerana anak anda berdua terlupa bahawa anda sebenarnya mempunyai pasangan untuk dijaga.

10. Ketika ekonomi tidak stabil.

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. Ketika ekonomi stabil.

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. Ketika anda adalah suami.

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13. Ketika anda adalah isteri.

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah-lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,865 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen