3 Perkara Yang Perlu Pengantin Lelaki Bersedia Sebelum Akad Nikah.

 

Persediaan sebelum tibanya hari bahagia terutamanya hari akad nikah bukan sahaja penting bagi pihak perempuan, malah hari akad nikah sebenarnya lebih penting bagi kepada seorang lelaki memandangkan lelaki yang lebih berperanan di hari bahagia itu. Terdapat beberapa persediaan yang mungkin nampak remeh tetapi sangat penting untuk lelaki tahu sebelum tibanya hari yang dinantikan itu.



1. Sebutan nama pasangan.

Perkara ini sememangnya kelihatan sangat remeh dan semua orang berpendapat bahawa ia bukanlah satu masalah yang besar. Meskipun anda telah lama berkenalan dengan pasangan dan anda yakin namanya sentiasa ada di dalam fikiran anda setiap masa dan tidak mungkin anda akan tersalah sebut nanti, tetapi harus diingat, mungkin pasangan anda mempunyai nama seakan sama dengan adik-beradik yang lain, atau sebutan yang hampir sama jika tidak disebut dengan betul. Oleh itu lelaki perlu lebih teliti dalam hal sebegini untuk mengelakkan kekeliruan berlaku.

2. Belajar mengawal rasa gemuruh.

Perasaan gemuruh dan berdebar semestinya ada dalam diri setiap orang, apatah lagi bagi mereka yang bakal menghadap tok kadi atau bakal bapa pengantin perempuan semasa akad nikah nanti. Namun perkara ini akan menjadi keruh sekiranya perasaan gemuruh tidak dapat dikawal. Sebagai contoh, sudah banyak video yang tular berkaitan kejadian-kejadian akad nikah yang mencuit hati seperti pengantin lelaki tidak menjawab “aku terima nikah……”, tetapi menjawab “sah!” selepas dihayun tangan oleh tok kadi disebabkan terlalu gemuruh dan berdebar.


3. Jadilah lelaki paling segak di hari itu.

Akad nikah biasanya diadakan di malam hari, biasanya orang hanya memerhatikan dua orang sahaja di malam itu, iaitu pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Meskipun pakaian semasa akad nikah tidak semegah di hari persandingan, namun sebagai pengantin lelaki, perlu memastikan pakaian anda kemas kerana anda lebih menjadi tumpuan terutama semasa acara akad nikah. Selain sedap mata memandang, anda juga akan kelihatan lebih yakin dan berbeza dengan hari-hari biasa.

Jadi buat bakal pengantin, bukan hanya pengantin perempuan sahaja yang perlu menjaga hal-hal yang remeh ini, pengantin lelaki juga perlu bersedia untuk berhadapan hal-hal seperti ini. Jangan nanti tiba hari pernikahan, anda terpaksa menghadapi gemuruh anda yang mendadak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,362 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen