Mampu Bahagia Walaupun Perhubungan Jarak Jauh (PJJ). Ini Caranya.

 

Tidak semua pasangan yang telah berkahwin mampu duduk berasingan, malah jauh beribu batu. Hanya dengan telefon bimbit dan kemudahan internet sahaja dapat menghubungkan mereka. Namun, adakah dengan PJJ ini, hubungan akan berkekalan?

1. Si suami perlu ada perancangan yang stabil dan tinggal bersama suatu hari kelak. Yakin kan pada si isteri dan tetapkan tarikh keramat, sebagai penamat PJJ kalian berdua. Jika anda berdua berusaha, berdoa, dan bertawakal, Insya Allah dengan izin Allah pasti akan termakbul.

2. Sebaik-baiknya jangan berpisah lebih daripada 3 bulan. Naluri wanita terasa sangat gelisah jika ditinggal suami lebih 3 bulan. Oleh itu, cuba usahakan untuk bertemu melepaskan rindu dendam paling setiap 3 bulan.

3. Pertemuan ini hendaklah khas berjumpa untuk bermadu kasih dan tidak digalakkan untuk balik ke kampung berjumpa ibu bapa masing-masing. Khuatir pertemuan sebegini tidak dapat menambah nilai kasih sayang antara kalian berdua dan menjadi tekanan.

4. Buat pertemuan 3 bulan sekali di Bali contohnya mengikut bajet jika isteri belajar di Australia, suami kerja di Malaysia. Selepas itu pulang semula ke tempat masing-masing.

5. Jika kalian berdua berada di Malaysia, menginap lah di hotel dahulu dalam 2-3 hari sebelum bertandang ke rumah mertua. Suasana bilik hotel yang romantis boleh menyemarakkan lagi cinta bagi menampung keperitan kerinduan perpisahan itu.

6. Tidak salah untuk memberikan hadiah sebagai kenangan di setiap pertemuan ini. Pastikan setiap pertemuan itu, diberikan hadiah yang berlainan supaya senang diingat dan menjadi lebih romantis.

7. Di dalam solat semasa sujudmu berdua, jangan lupa mendoakan agar Allah menetapkan iman dan menyatukan hati-hati anda berdua di atas jalan perkahwinanNya walaupun tinggal berjauhan.

8. Sekiranya isteri mendapat berita yang kurang enak daripada sumber ketiga, abaikan sahaja. Terimalah yang sah daripada suami anda sendiri walaupun hati terasa gundah akan jawapannya.

Yakinlah, itu adalah bisikan syaitan yang bijak merosakkan kasih sayang anda berdua. Tidak perlulah anda menjadi spy merungkai 'password' suami anda. Serahkan kepada Allah kerana 'password'nya Allah yang tahu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,593 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen