Kekurangan Wanita Yang Mampu Memikat Hati Lelaki.

 

Kadang-kala wanita seakan terlupa, lelaki juga sebenarnya tidak kisah dengan kekurangan yang dimiliki oleh wanita. Wanita yang terlalu insecure dengan diri mereka, membuatkan mereka mahu penampilan yang sentiasa tampak cantik.

Jom ketahui beberapa kekurangan, yang sebenarnya adalah kelebihan dari pandangan mata lelaki.

1. Muka yang polos.

Lelaki lebih gemar jika seseorang wanita itu berani tampil dengan muka yang polos tanpa sebarang mekap. Jika terlalu tidak yakin dengan wajah sendiri, tidak perlu bermekap tebal sehingga merubah wajah sendiri menjadi lain daripada yang lain. Kekurangan ini sebenarnya mampu menarik perhatian lelaki.

2. Berbadan gempal.

Atau pun comel sebenarnya lebih memikat sebahagian lelaki. Bagi mereka wanita berbadan comel ini lebih menarik daripada mereka yang bertubuh langsing persis model atau kurus seperti tidak cukup makan. Jadi, kepada wanita bertubuh gempal atau dipanggil chubby ini, jangan lah terlalu risau dengan penampilan diri.

3. Lebih kecil dan pendek.

Kebanyakan lelaki tinggi lebih memilih wanita yang lebih kecil daripadanya kerana wanita yang tinggi seperti mengancam diri mereka.  Ini kerana ketika seorang lelaki lebih tinggi daripada pasangannya, secara automatik lelaki itu akan rasa lebih selesa dan kuat dalam menjalinkan hubungan.

4. Specky.

Bagi lelaki, wajah wanita yang memakai cermin tampak lebih menggoda dan seksi. Malah mereka juga dilihat lebih bijak, misteri dan ada daya tarikan di mata lelaki. Jadi tidak payah anda bersusah payah membelanjakan duit untuk membeli kanta lekap selepas ini.

5. Intonasi suara yang lantang.

Bagi wanita, suara sebegini sangat menjengkelkan dan bunyi seperti itik apabila berbicara tetapi menurut kajian, wanita yang memiliki nada suara yang tinggi mampu membangkitkan aura 'muda' yang menandakan bahawa tubuh wanita itu sangat sensual dan begitu menarik perhatian lelaki.

6. Berpakaian seperti tomboy.

Ada juga wanita yang tidak selesa mengenakan gaya penampilan seperti wanita melayu terakhir dan terlalu feminin. Malah mereka merasakan penampilan sebegini lah yang menyebabkan lelaki tidak mahu menjadikan mereka sebagai teman wanita, tetapi penampilan sebegini mampu juga menarik perhatian mata lelaki. Kemungkinan lelaki ini lebih memilih wanita jenis begini.

7. Hilaian gelak tawa.

Wanita sering dikaitkan dengan hilaian gelak tawa seperti pontianak kerana tidak pandai cover perilaku mereka. Tetapi ada juga lelaki gemar wanita sebegini kerana mereka ini mempunyai sifat 'sense of humor', ceria dan boleh menghidupkan suasana.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,464 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen