Mengapa Wanita Mudah Mengalirkan Air Mata Ketika Bercinta? Ini Puncanya!

 

Kepada pasangan yang hangat bercinta, para lelaki pasti sudah terlalu biasa dengan keadaan ini, di mana teman wanitanya sering sahaja atau terlalu mudah mengalirkan air mata. Air mata dengan wanita tidak dapat dipisahkan lagi, kerana ia bagaikan teman baik mereka. Jadi, jom ketahui punca sebenar..

1. Terlalu marah.

Apabila seorang wanita itu marah, ia lebih cenderung untuk mengeluarkan air mata sambil berkata-kata dalam nada yang agak tinggi. Hal ini membuatkan orang di sekeliling terutama kekasihnya mendapat tempias dari amarahnya.

 Jika keadaan ini berlaku, kebiasaanya seorang wanita ingin sekali didampingi oleh insan-insan kesayangannya termasuk ahli keluarga, rakan-rakan dan pasangannya. Cara ini dapat meredakan amarahnya kerana wanita akan mendapat kekuatan daripada orang yang faham akan situasinya.

2. Teringat kenangan lalu.

Teringat kenangan silam juga merupakan salah satu punca yang mendorong wanita menangis. Terutama perkara yang menyedihkan yang pernah dia laluinya. Lazimnya bagi wanita, sekiranya teringatkan kenangan manis, tentunya mereka akan tersenyum gembira dan ingin kembali ke masa tersebut.

Tetapi, sekiranya dia teringatkan perkara-perkara yang menyedihkan, sikapnya juga boleh berubah tanpa diduga lantas membuatkan air matanya mula menitis dan membasahi pipi.

3. Faktor hormon.

Setiap kali masuk ke pra menstruasi atau PMS, wanita cukup cenderung bersikap lebih sensitif daripada biasa seperti cepat marah, cepat berkecil hati dan cepat tersentuh dengan hal-hal yang ada kaitan dengan perasaan.

Maka wanita yang sedang mengalami saat pra menstruasi ada ketikanya tidak mampu mengawal emosi dan boleh menyebabkan orang di sekeliling terutama sekali pasangannya kebingungan menghadapi sikapnya itu.

4. Ingin memanipulasi keadaan.

Rasa bersalah atau malu sering kali diungkapkan oleh wanita dengan cara menangis. Keadaan ini dilakukan semata-mata untuk menarik rasa simpati dan usaha untuk dia menutup kesalahannya daripada pasangan agar pasangan tidak marah atau kecewa dengannya.

Hal ini tidak mencerminkan sikap matang dan kedewasaan di hadapan pasangan, namun sebahagian wanita yang menjalinkan hubungan cinta menganggap cara ini cukup efektif untuk mendapatkan kemaafan atau sekadar untuk bermanja-manja dengan pasangan.

5. Terlalu emosi.

Banyak faktor yang menyebabkan wanita beremosi seperti tekanan, sakit hati atau berdepan dengan masalah lain yang melibatkan perasaan. Saat perasaan dan emosi wanita sedang memuncak sehingga dia tidak menemukan tempat untuk mencurahkan isi hatinya, menangis merupakan solusi yang akan dipilih untuk melepaskan rasa sesak dan lega pada perasaannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,464 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen