Cara Melembutkan Hati Seorang Lelaki.

 

Lelaki ini secara kasarnya mungkin agak sedikit kasar dari pandangan mata. Namun mereka ini sebenarnya adalah lembut dan boleh dilembutkan melalui perbuatan orang dari orang yang mereka sayangi. Jadi jangan takut jika pasangan anda sedikit kasar dari segi layanannya dan juga sedikit keras apabila bersama dengan anda.

Tapi betul ke mereka ini boleh dilembutkan dengan mudah? Ia sebenarnya tidak mudah tetapi jika si dia sayang akan anda dan kena dengan caranya pasti ia akan menjadi mudah. Mari ketahui cara melembutkan hati seorang lelaki.



1. Kenali personaliti si dia.

Sebagai pasangan yang baik, cuba untuk teliti personaliti dirinya dengan lebih mendalam dan dekat. Hal ini kerana, melalui perkara ini anda akan dapat membaca dan memahami setiap tindakan kasarnya terhadap diri anda.

2. Dekatkan diri anda dengan dirinya.

Mungkin si dia masih belum menjumpai keserasian bersama anda, sebab itu kelakuan mereka ini akan sedikit kasar terhadap anda. Jadi anda perlu cuba untuk mendekatkan diri anda sedikit dengan erti kata lain cuba untuk tidak berahsia mahupun meletakkan jarak antara kalian.

3. Tunjukkan kasih sayang anda.

Sebagai seorang wanita, tidak sukar untuk menunjukkan kasih sayang anda. Tidak kira lah dari segi perbuatan mahupun percakapan tetapi pastikan anda benar-benar ikhlas terhadap perkara yang anda maksudkan. Baru lah si dia juga turut merasai.


4. Memahami cita rasa si dia.

Kelainan cita rasa juga boleh menyebabkan seseorang itu akan bertindak dingin terhadap pasangannya. Jadi tidak salah sekiranya cuba untuk memahami cita rasa dirinya. Tidak pun cuba untuk saling bertukar cita rasa.

5. Berdoa dan percaya.

Sebagai seorang Islam tiada yang lebih hebat selain menggunakan doa sebagai salah satu senjata. Bukan hanya berdoa tetapi percaya bahawa si dia akan lembut hati terhadap anda dan perhubungan kalian.

Jangan pernah menyerah kalah dalam melembutkan hati pasangan ini. Mereka ini mampu dilembutkan Cuma ia memakan sedikit masa sahaja. Jadi teruskan berusaha dan jangan pernah menyerah kalah walaupun kadang kala ia menyakitkan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,709 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen