Apakah Maksud Sebenar Cinta Menurut Islam?

 

Sebagai muslim yang tidak lari daripada mempunyai perasaan cinta pada berlainan jantina, pasti kadang-kala keliru apakah maksud sebenar cinta? Kerana kita pasti khuatir jika ia adalah cinta yang berlebihan daripada Allah SWT…



1. Saling mencintai.

Cinta menurut islam adalah saling menyayangi antara satu sama lain. Tanpa memandang rupa, harta benda, warna kulit, ataupun kedudukan. Kita diajar untuk saling mengenal, saling menghormati, tolong-menolong, dan menjaga silaturrahim terhadap sesama manusia .

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)…” (Al-Hujurat:13)

2. Wujud cinta yang keliru jika berpasangan.

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu perkara yang dilarang” (Al Isra: 32).

Dating adalah salah satu perbuatan yang dianggap mendekati zina. Ketika seorang wanita berpegang tangan dengan lelaki yang bukan mahramnya, perkara ini tentu menimbulkan dosa. Apalagi jika mereka sampai berpelukan, berciuman, ataupun melakukan hubungan intim yang dilarang oleh Allah SWT.



3. Cinta dalam diam lebih mulia.

Kadangakala, kita memang tidak mampu mengawal perasaan cinta. Di kala cinta hadir dalam jiwa, diri kita seakan menjadi lemah dan fikiran selalu dibayangi oleh bayang-bayang wajah si dia. Apa yang harus kita lakukan jika perkara ini terjadi?

Apabila anda mencintai seseorang, maka berdoalah kepada Tuhan. Mintalah petunjuk kepada-Nya, apakah si dia memang jodoh anda atau sebaliknya. Allah akan memberikan yang terbaik untuk anda.

4. Cinta sejati adalah sebuah pernikahan.

Cinta menurut islam bukanlah sekedar ucapan 'I Love You' semata-mata, bukan juga membelikan bunga ataupun coklat. Cinta sejati menurut islam adalah sebuah pernikahan. Lelaki yang berani menikahi anda, bererti dia menghormati anda. Dia menjadikan anda sebagai kekasih halalnya. Bukan sekadar mengajak anda bersenang-senang tanpa kepastian dan ikatan yang sah.



5. Istikharah memantapkan cinta.

Sebelum memutuskan untuk bernikah, islam mengajarkan kita untuk melakukan solat istikharah terlebih dahulu. Solat ini bertujuan memantapkan hati dan meminta petunjuk dari Allah SWT, apakah si dia pilihan yang benar atau sebaliknya. Solat istikharah dilakukan di sepertiga malam terakhir dan jumlahnya hanya 2 rakaat.

Solat istikharah juga mampu membuatkan hati anda lebih mantap dalam soal percintaan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,762 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen