Kriteria Utama Calon Suami Menurut Islam Untuk Panduan Wanita.

 

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat melayu, seorang wanita hanya menanti dirinya dipinang oleh seorang lelaki yang menjadi pilihan ibu bapa atau hatinya sendiri. Tetapi apabila menjadi plihan ibu bapa, adakah dirinya sendiri dapat menilai perilaku si lelaki tersebut dengan mata kasarnya?



Jika dapat dilihat dengan matanya sendiri, adakah lelaki tersebut menepati kriteria-kriteria yang sesuai dengan syarak Islam? ….

1. Beragama islam.

Dan Allah SWT telah berfirman..

“… dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita Mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang Mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke Surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran (daripadanya).” (Al-Baqarah: 221)



Dari ayat di atas, jelas menyatakan pentingnya memilih para lelaki yang beragama islam bagi seorang wanita, ini kerana Islam merupakan jalan yang akan menyelamatkan kita di dunia mahupun di akhirat kelak.

2. Berilmu dan berakhlak mulia.

Islam sangat menganjurkan agar seorang wanita memilih calon suami yang berakhlak baik, soleh, serta taat dalam menjalankan agama. Itulah yang menjadikan seorang lelaki kelihatan istimewa dimata wanita.

Ini kerana lelaki yang bertakwa dan soleh mampu mengetahui hukum-hukum Allah seperti : Bagaimana menjaga perilaku terhadap isteri? Bagaimana untuk berbuat baik kepada isteri? Serta dapat menjaga kehormatan dirinya dan agamanya.



Dengan demikian pada akhirnya ia akan dapat menjalankan segala kewajibannya dengan sempurna dalam kehidupan berumah tangga, seperti kewajiban suami terhadap isteri menurut syarak Islam, cara mendidik anak, menegakkan kemuliaan, serta untuk menjamin kesejahteraan rumah tangga dengan tenaga dan nafkah.

Untuk dapat mengetahui akhlak dan agama dari calon suami, salah satu cara yang si wanita boleh lakukan adalah dengan melakukan pengamatan terhadap kehidupan sehari-hari dari calon suami. Atau pun melalui sahabat-sahabat malah orang terdekat untuk menilai kebaikan dan kekurangan untuk diperbaiki.

Dari huraian di atas, kesimpulannya apabila mahu memilih calon suami perlulah yang berhati baik dan bersih, adanya ilmu agama didada dengan cukup agar kemudian kehidupan berumah tangga menjadi tenteram, sejahtera, damai dan bahagia.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,462 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen