7 Perkara Pelik Yang Wanita Lakukan, Dapat Menawan Hati Lelaki.

 

Ketika perkara pelik yang dilakukan oleh wanita mampu membuatkan lelaki meluat melihatnya, ada juga sebahagian perkara pelik pada wanita atau dilakukan oleh wanita kesayangannya sendiri yang mampu menawan hati mereka…

1. Ketika wanita dalam keadaan natural.

Natural yang bermaksud tidak memakai sebarang make up dan tidak memakai pakaian yang cantik untuk menarik perhatian orang ramai. Keadaan sebegini kebiasaannya ketika usai bangun daripada tidur.



2. Loghat.

Ada sebahagian lelaki cukup tertarik jika wanita itu pandai menggunakan loghat negeri lain seperti Kelantan, Terengganu atau kedah atau negerinya sendiri. Bagi lelaki, wanita begini amat mencabar, dan lelaki suka akan pada cabaran.

3. Ketika wanita dalam keadaan takut.

Jika anda sedar, lelaki yang sebenarnya gemar mengusik wanita hanya kerana mereka telah jatuh hati pada wanita tersebut. Lelaki sebenarnya mahu melihat jika wanita itu dalam ketakutan, adakah mereka dapat berdikari atau tidak? Ini kerana lelaki secara automatik mahu melindungi wanita yang dalam ketakutan dan ini menunjukkan bahawa lelaki itu benar-benar telah jatuh hati.



4. Ketika memakai cermin mata.

Ada juga lelaki tertarik ketika wanita memakai cermin mata, tidak kira cermin mata hitam atau cermin mata untuk rabun. Jadi wahai wanita, tidak perlu takut untuk menggayakan cermin mata.

5. Ketika melihat wanita bermekap.

Sebahagian lelaki amat tertarik ketika wanita sedang menggunakan barang mekap ke atas muka mereka. Lelaki merasakan, ia menakjubkan kerana wanita mampu fokus pada suatu perkara yang terlalu lama untuk dihasilkan.



6. Memakai tuala di kepala.

Ketika wanita usai sahaja keluar daripada kamar mandi dengan menggayakan tuala di atas kepala kerana membasuhkan rambut, ia mampu menarik perhatian mata lelaki. Bagi mereka yang telah berkahwin, jika mahu mengorat si suami, mudah sahaja bukan? Dengan gaya ini dan haruman shampoo mampu memikat hati si suami.

7. Ketika berpeluh.

Keadaan seperti ini juga mampu memikat hati lelaki. Sebahagian lelaki amat meminati wanita yang gemar melakukan aktiviti lasak dan sentiasa bersukan. Wanita yang aktif akan membuatkan lelaki juga mahu menunjukkan mereka juga aktif seperti wanta tersebut, kerana mereka tidak mahu menunjukkan diri mereka yang lemah.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,490 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen