Tips Untuk Wanita Menjadi Cantik Walaupun Sudah Lama Berkahwin.

 

Ramai wanita yang telah berkahwin terlupa untuk menjaga penampilan mereka kerana terlalu sibuk menguruskan rumah tangga. Wanita yang berstatus isteri ini hanya menitik beratkan pakaian, makanan dan minuman suami dan anak-anak sahaja, sehingga tidak sedar wajahnya kian kusam.



Wahai wanita bergelar isteri, jadikan tips ini untuk anda menjaga penampilan sentiasa supaya sejuk mata si suami memandang…

1. Bagi wanita berkerjaya atau surirumah yang sibuk, dapatkan potongan rambut pendek yang comel mengikut bentuk wajah anda. Ia lebih ringkas, mudah diurus dan membuatkan penampilan kelihatan lebih muda.

2. Pastikan anda bersyampu dan memakai perapi rambut setiap petang kerana ramai suami yang menyukai bau rambut isteri yang bersih selepas dicuci. Rutin ini juga memudahkan rambut didandan pada keesokan hari.



3. Kulit yang mulus tidak akan menjelma sekelip mata. Amalkan rutin mengusap krim malam yang baik sebelum tidur agar wajah kembali segar bermaya, sebaik anda terjaga dari lena.

4. Sama ada bertudung atau tidak, sembunyikan uban dari pandangan suami anda! Litupi uban dengan inai atau pewarna rambut rona gelap, baru lah kelihatan terurus.

5. Dating bersama tersayang? Usah biarkan wajah polos tanpa solekan. Ingat lima asas solekan ringkas - berbedak, maskara, eyeliner, blusher dan lip gloss!

6. Semburkan mist selepas bersolek untuk membuatnya tahan berjam-jam. Amalan ini sesuai jika anda pulang dijemput suami atau berjanji makan malam dengannya selepas waktu pejabat.



7. Mata yang sembab atau dilingkari bebayang hitam pasti tidak menarik. Lindungi masalah ini dengan gel mata yang disimpan dalam peti sejuk. Gel mata yang dingin akan merawat keletihan mata dengan berkesan.

8. Atau gunakan timun untuk memulihkan lingkaran gelap. Untuk menghapuskan kantung mata, uruti daerah luar dan sekeliling mata dengan krim pelembap.

9. Atasi masalah bibir kering dengan eksfoliasi setiap hari. Hanya gosok lembut dengan berus gigi dan sapukan Vaseline.



10. Eksfoliasi bahagian wajah, leher dan tengkuk anda untuk menyisihkan kulit mati setiap dua minggu sekali. Bahagian-bahagian ini perlu diberi perhatian rapi kerana ia menjadi pusat perhatian suami.

11. Berurut sangat baik untuk merehatkan badan, selain membantu melancarkan darah, menyahtoksin dan membentuk badan yang pejal.

12. Jika anda membelek kembali gambar perkahwinan, pasti berbeza ketika saat itu dengan sekarang bukan? Kembalikan wanita jelita di dalam gambar-gambar itu. Anda masih belum terlewat untuk berdiet dan menjaga pemakanan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,005 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen