Pelajari 5 Pelukan Ini, Untuk Menjadi Bakal Suami Yang Mampu Mencairkan Hati Wanita.

 

Pernahkah anda mendengar, pelukan si suami yang erat mampu meredakan tekanan si isteri dan sekaligus menjadikan mereka awet muda?

Ya, jika mahukan isteri yang kelihatan cantik dan gembira sentiasa, peluklah mereka tidak kira dalam apa jua keadaan dan situasi seperti..



1. Pelukan sebelum pergi kerja.

Setiap hari sebelum suami melangkah ke tempat kerja, peluklah isteri erat-erat selama 10 saat. Lagi lama, lagi baik! Khabarnya, ia boleh memanjangkan usia dan akan membuatkan isteri terasa dihargai, malah si suami juga berasa yakin untuk pergi ke kerja.

2. Pelukan ketika menonton televisyen.

Pelukan ketika menonton televisyen mampu menyemarakkan lagi hubungan cinta kalian, terutamanya ketika menonton drama cinta dan romantik. Sebaliknya jika cerita seram yang ditonton, pastinya pelukan itu akan menenangkan ketakutan si isteri.



3. Pelukan di dapur.

Ketika isteri sedang leka memasak atau membasuh pinggan mangkuk, rangkullah pinggang isteri dari belakang dan peluklah dirinya dengan mesra. Isteri akan rasa bahagia, malah kepenatannya menguruskan rumah tangga tidak akan terasa apabila suami memeluknya.

Elemen kejutan seperti ini akan membuatkan isteri rasa dihargai, malah ia sememangnya diinginkan oleh isteri. Biarpun suami tidak membantu isteri memasak, sentuhan mesra seperti ini sudah cukup membahagiakan.



4. Pelukan ketika tidur.

Tidur di atas lengan suami ternyata satu nikmat yang paling indah bagi seorang isteri. Tidur berpelukan dapat meredakan tekanan kerja dan meningkatkan memori. Perkara positif seperti ini hanya berlaku jika anda memeluk pasangan yang disayangi.

Pasangan suami isteri yang sering berpelukan ketika tidur akan membuat mereka lebih awet muda. Hal ini terjadi kerana pasangan rasa bahagia dan saling mencintai sehingga hormon oxytocin (hormon bahagia) terlepas bebas dalam tubuh masing-masing.

5. Pelukan ketika merajuk.

Cara yang terbaik untuk memujuk isteri yang sedang merajuk adalah dengan memeluk isteri. Hati yang panas terus jadi luluh apabila suami memeluknya erat. Wanita ini bukanlah mahukan duit atau harta benda secara total. Jika isteri merajuk, kata-kata mesra dan pelukan manja pun boleh memujuk hati yang panas.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,087 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen