Anda Patut Mencegah 9 Perkara Ini Jika Mahu Hubungan Cinta Yang Serius.

 

Zaman sekarang tidak semua dikalangan kita mahu menjalinkan hubungan cinta yang serius kerana terdapat banyak halangan. Bukan sahaja halangan dari segi luaran, malah dari segi dalaman seperti perasaan takut dikecewakan.

Jadi, anda perlu cegah 9 perkara ini untuk mengelakkan diri anda dan pasangan terluka...



1. Ego.

Ego adalah satu perasaan yang mampu membuatkan diri anda dan pasangan sentiasa mencetuskan konflik dalam perhubungan. Jadi, kenapa perlu mempunyai perasaan ego pada orang yang kita sayang?

2. Jarak.

Perhubungan jarak jauh juga mampu membuatkan hubungan kalian bermasalah jika tidak diselesaikan dengan cepat. Anda perlu berlapang dada jika mempunyai pasangan yang jauh ini.



3. Media sosial.

Jangan terlalu fokus pada sosial media hingga pasangan terabai. Dan jangan pula terlalu banyak muat naik tentang anda dan pasangan, tidak kira anda berdua bahagia atau sedang bergaduh.

4. Jarang mendengar.

Jika pasangan mempunyai masalah, jangan pula anda mengabaikan si dia. Jadilah pendengar setia walaupun tidak mampu untuk menolong dari segi fizikal.

5. Pentingkan diri sendiri.

Apabila sudah berpasangan, ingat! Anda bukan lagi hidup sendirian, semua perkara yang anda lakukan perlu ingat pada si dia. Anda perlu bijak seimbangkan kehidupan peribadi dengan si dia supaya tidak terabai.



6. Memendam rasa.

Bercinta bermaksud anda dan pasangan dengan sukarelanya berkongsi apa sahaja, dan bukannya dengan cara dipaksa. Jadi, jika anda memendam perasaan, anda seperti memaksa diri anda untuk makan hati dan ini mengakibatkan ia bakal meletup apabila keadaan sudah tidak terkawal.

7. Insecure.

Perasaan insecure boleh mencetuskan pergaduhan. Jika anda banyak memuji orang lain dari pasangan sendiri, merendah-rendahkan si dia atau sering cakap lepas dengan pasangan anda, ia sangat tidak sihat dalam perhubungan kalian.



8. Tiada kepercayaan.

Kepercayaan merupakan kunci perhubungan. Jika pasangan anda sering meragui kepercayaan yang dibina, ia lambat-laun boleh mendatang rasa jelak dan benci. Apabila kepercayaan telah diberikan, anda jangan pula mengkhianati kepercayaan itu.

9. Takut pada komitmen.

Berada di dalam perhubungan bermaksud anda sedia untuk memberikan komitmen. Jika anda masih berasa takut dengan komitmen, anda masih belum bersedia untuk memulakan hubungan yang serius. Jangan heret pasangan anda dengan masalah ini.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,634 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen