Kajian Menunjukkan 7 Sebab Kenapa Wanita Pendek Lebih Menjadi Pilihan Lelaki.

 

Siapa kata perempuan rendah tak menarik? Sebenarnya ramai lelaki kat luar sana tu suka perempuan yang rendah ini, atau boleh dikatakan kecil dan comel. Wanita tinggi lampai persis model antarabangsa mungkin menjadi idaman kebanyakan lelaki. Namun, ramai tidak tahu bahawa wanita kecil molek juga sememangnya ada tarikan mereka yang tersendiri.



1. Dipilih oleh ramai lelaki.

Seorang lelaki akan memilih gadis yang lebih pendek darinya daripada gadis yang lebih tinggi daripada lelaki tersebut ketika mencari seorang kekasih. Hal ini disebabkan kerana lelaki menganggap gadis yang tinggi lebih berkemungkinan mengancam dirinya. Maksudnya, peratusan peluang untuk gadis pendek mendapatkan seorang kekasih menjadi lebih besar jika dibandingkan dengan gadis yang bertubuh tinggi.

2. Pendek itu comel.

Lelaki mana yang tidak suka dengan gadis comel bukan? Hampir semua lelaki pasti menyukai gadis yang comel. Alasannya adalah kerana gadis kelihatan lebih comel, sedangkan istilah comel sendiri sesuai dengan seseorang yang bertubuh pendek dan kecil. Percaya atau tidak, orang yang pendek akan kelihatan beberapa tahun lebih muda daripada usia asalnya, begitupun pula sebaliknya, lelaki yang tinggi akan kelihatan lebih tua daripada umur sebenarnya. Tentunya, anda lebih senang dengan keadaan tubuh pendek namun kelihatan lebih muda daripada bertubuh tinggi tetapi kelihatan lebih tua bukan?



3. Sedap dipeluk.

Salah satu penyebab lelaki anti bercinta dengan gadis yang tinggi adalah kerana tidak sedap ketika dipeluk. Boleh dibayangkan bukan apabila sepasang kekasih saling berpelukan namun wajah teman lelakinya harus mendongak ke atas ketika bersama dengan kekasihnya yang lebih tinggi. Semua perkara itu tidak akan terjadi jika bercinta dengan gadis pendek.

4. Seolah perlu perlindungan.

Seorang lelaki rasa bangga dan yakin diri ketika mampu melindungi orang yang dicintainya. Secara naluri, keperluan psikologi untuk melindungi ini boleh dilakukan dengan gadis yang pendek. Gadis pendek di mata lelaki seolah memerlukan perlindungan, kasih sayang dan perhatian. Lain halnya dengan gadis tinggi, mereka nampak lebih berdikari dan tidak memerlukan peranan lelaki.

5. Tidak akan memutuskan hubungan.

Lelaki menganggap gadis yang tinggi mempunyai tahap kepercayaan diri yang tinggi sehingga boleh melakukan perkara bersifat angkuh seperti memutuskan hubungan secara sendiri atau hal-hal yang lain. Oleh sebab itu, lelaki akan rasa lebih selesa apabila bersama dengan gadis yang lebih pendek darinya kerana mereka menganggap gadis pendek lebih memahami. Entah apa alasannya, sehingga kini ramai gadis pendek rasa kurang keyakinan diri. Sebenarnya sudah tiada lagi alasan untuk berfikiran sebegitu. Bukankah fitrahnya memang idealnya seorang gadis seharusnya lebih pendek daripada lelaki? Baik gemuk pendek atau kecil pendek, selama lelaki tidak segan bersama anda, mereka akan sentiasa kelihatan menawan di mata lelaki. Walau apa pun kelebihan orang pendek, genit, besar mahupun tinggi, kita seharusnya berasa bangga dengan anugerah Tuhan yang telah kurniakan. Semua ciri ini adalah sebahgian daripada diri kita dan pandanglah ia dari sudut yang positif. Maka,tak perlulah rasa rendah diri atau malu. Tak mungkin orang lain dapat menghargainya jika kita sendiri tidak berasa selesa terhadapnya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,869 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen