Mengapa Si Dia Takutkan Komitmen?

 

Bercinta itu kadang kala tidak akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan. Mungkin ia boleh berakhir dengan satu perpisahan yang melukakan. Bukan itu sahaja, keengganan untuk memberikan komitmen akan menyebabkan sebelah pihak mengalah dari terus menjalinkan satu hubungan. Walaupun mempunyai rasa sayang yang mendalam, ketakutan untuk berkomitmen akan menyebabkan seseorang memilih untuk tidak menjalinkan satu hubungan yang serius. Tetapi mengapa ada di antara pasangan yang takutkan komitmen?

1. Belum bersedia untuk memikul tanggungjawab.

Biasanya mereka yang takut untuk memberi komitmen ini adalah mereka yang masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab apabila berumah tangga. Walhal, rasa tanggungjawab itu akan timbul selepas mereka ini bergelar suami atau isteri. Jika hendak tunggu bersedia untuk memikul tanggungjawab pasti ramai yang akan menyatakan mereka ini masih belum bersedia.

2. Merasakan tanggungjawab terhadap keluarga lebih utama.

Perkara ini biasanya berlaku kepada anak-anak sulung mahupun anak bongsu. Mereka ini lebih dikatakan akan lebih mengutamakan keluarga berbanding diri mereka sendiri. Jadi, bagi mereka tanggungjawab kepada ibu bapa adalah lebih utama dan jika mereka mendirikan rumah tangga mereka takut jika mereka mengabaikan ibu bapa mereka. Jadi jika anda sedang bercinta dengan mereka ini, bersiap sedialah.



3. Yakin akan kehadiran pasangan lain yang lebih layak.

Mereka ini hanya menganggap hubungan dengan anda hanya satu persinggahan. Mereka juga merasakan jodoh mereka ini adalah seorang yang begitu sempurna dan bukannya diri anda. jadi mereka lebih memilih untuk menunggu seseorang yang dikatakan sempurna bagi mereka dan tidak mahu menjalinkan mana-mana hubungan yang hanya mendatangkan perkara sia-sia.

4. Masih mahu berseronok.

Jika si dia tidak menyatakan mengapa dirinya tidak mahu terikat dengan komitmen, mungkin kerana si dia beranggapan bahawa dirinya masih belum puas untuk berseronok bersama teman-temannya. Hal ini kerana, bagi mereka apabila sudah berkahwin, segala pergerakan mereka akan terbatas menyebabkan mereka takut untuk memberi komitmen kepada pasangan mereka ini.

Kesimpulannya, komitmen ini adalah satu perkara yang akan datang secara semula jadi tanpa rasa dipaksa boleh mana-mana pihak. Ia juga adalah satu rasa tanggungjawab yang akan ada dalam diri setiap orang dan hanya masa serta pengalaman yang akan membuat mereka ini lebih komitmen terhadap satu perkara.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,830 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen