Jika Teman Wanita Atau Isteri Anda ‘Kaki Shopping’, Lakukan 5 Perkara Ini.

 

Sering kita melihat di kompleks beli-belah, si suami atau teman lelaki pasti keletihan mengikut pasangan mereka membeli-belah. Jika keletihan, sudah tentu tersadai di luar butik kompleks tersebut, sambil membelek telefon bimbit, bermain game, berbual dengan lelaki lain yang mempunyai nasib yang sama.



Jadi, jika anda sudah tahu shopping itu adalah hobi pasangan anda, cuba ikuti tips di bawah untuk menghilangkan bosan…

1. Bawa barang yang perlu.

Pastikan bateri telefon mahupun power bank anda dicaj penuh sebelum keluar dari rumah. Jika anda suka membaca, bawalah bahan bacaan bersama seperti novel, buku, majalah atau suratkhabar. Anda pasti tidak akan berasa bosan jika dapat membuat perkara-perkara yang anda sukai sepanjang tempoh menunggu pasangan sedang shopping.



2. Memberi komen yang positif.

Semasa membeli-belah, pastinya pasangan akan bertanyakan pendapat anda ketika memilih barang. Jangan selalu memberikan jawapan yang selamat kerana perkara itu tidak akan memuaskan hati pasangan. Jika anda ingin pulang ke rumah dengan cepat, belajarlah untuk memberi komen yang pelbagai dan nampak bijak seperti, “Baju ni cantik tetapi potongannya tak sesuai dengan awak..” atau “Kasut ini terlalu tinggi, cari la yang tumitnya rendah sikit..”

3. Bawa kelengkapan anak.

Sekiranya anda mempunyai anak kecil, pastikan anda membawa semua kelengkapan untuk menjaganya. Bagi mengelakkan anda merana, pastikan anda bawa kesemua keperluan si anak seperti susu, lampin pakai buang, makanan dan paling penting stroller. Tugas menjaga anak ketika isteri sibuk shopping akan diserahkan sepenuhnya kepada anda. Lebih baik anda bersiap sedia!



4. Makan atau minum dahulu.

Sebelum memulakan aktiviti membeli-belah, pastikan anda dengan pasangan makan terlebih dahulu. Persiapkan diri anda dengan tenaga yang secukupnya. Aktiviti membeli-belah ini mungkin mengambil masa yang lama dan khuatir anda akan kelaparan hanya kerana menemani mereka membeli-belah.

5. Cuba untuk mencari kawan.

Beri masa pada si dia untuk shopping sepuas hati. Bagi mengelakkan merasa bosan, carilah kawan yang senasib dengan anda. Sambil berehat-rehat di kerusi yang disediakan, ringankanlah mulut anda untuk bertegur sapa dengan rakan di sebelah. Selain mendapat kawan baharu, anda juga mendapat pahala kerana mengeratkan hubungan silaturahim.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,976 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen