Antara Sebab Utama Cinta Juga Mampu Melemahkan Diri Anda.

 

Di sebalik cinta mampu memberikan aura positif pada sesiapa yang alaminya, namun jika terbawa-bawa perasaan sehingga hanyut, cinta mampu juga melalaikan seseorang. Cinta juga kadang-kala membuatkan seseorang hilang fokus..



1. Kerana cinta itu menyeksa jiwa.

Cinta yang tidak terbalas mampu menyeksa jiwa raga sehingga kemurungan. Ini kerana anda mahu sangat memiliki si dia. Perbuatan ini sekaligus mengheret orang di sekeliling untuk turut merasa sedih.

Cinta tanpa batasan akan menyeksa jiwa dan raga kerana khuatir tiada keihklasan di dalam hati. Jika si dia ikhlas untuk menerima anda seadanya sudah tentu tiada masalah. Bagaimana pula jika si dia tidak dapat menerima kekurangan anda?

2. Kerana cinta membuatkan seseorang menjadi lemah.

Tahukah anda bahawa orang menjadi lemah disebabkan cinta? Terdapat banyak kisah mengenai perkara ini yang tidak enak untuk didengar, bahkan tidak terhitung jumlahnya. Cinta yang tidak kesampaian boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan.



Lihat saja contoh di sekeliling anda. Terdapat banyak isu buruk terjadi atas nama cinta, seperti melakukan tindakan jenayah kerana cemburu, bahkan sanggup melukai diri sendiri. Sudah terbukti bahawa cinta membuatkan seseorang itu menjadi lemah.

3. Kerana cinta membuatkan seseorang kurang objektif.

Seseorang yang tidak boleh membatasi cintanya akan selalu menganggap orang yang dicintainya itu sentiasa benar walaupun kekasih hati melakukan kesalahan secara terang-terangan. Dia akan selalu berfikiran tidak objektif dan menganggap bahawa semua yang dilakukan si pujaan hati itu sentiasa benar.



Perkara ini tidak boleh diteruskan kerana pada akhirnya ia akan merugikan diri anda dan orang disekeliling anda. Oleh itu, batasilah cinta anda agar anda boleh menjadi insan yang lebih dewasa dan bijak.

4. Kerana cinta membuatkan seseorang lupa pada ibadah.

Orang yang jatuh cinta sentiasa membuatkan dirinya gembira dan senang hati sehingga membuatkan seseorang itu lupa untuk makan, malas bekerja, bahkan membuatnya lupa untuk beribadah. Apa yang yang berada di dalam mindanya hanyalah cinta yang membara pada si pujaan hati.

Tentu perkara ini tidak boleh terjadi dan dibiarkan kerana cinta pada dunia adalah hal yang sementara, dan menabung bekalan untuk di akhirat adalah perkara utama yang harus anda lakukan agar segala urusan duniawi lancar.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 615,633 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen