10 Tips Berguna Untuk Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah.

 

Terlalu banyak tips-tips untuk mendapatkan hubungan yang bahagia di dalam keluarga, tetapi kali ini anda boleh praktikkan tips berguna daripada Dr. Fadzilah Kamsah, cara untuk membina keluarga bahagia…



1. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin.

Amalan bermesyuarat mampu menarik hidayat Allah SWT,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

2. Si suami perlu memberi nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan.

Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai juga suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.



3. Perlu membentuk sifat cemburu yang positif antara suami isteri.

Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya mempunyai sifat cemburu kerana dia akan rasa dihargai.

4. Di dalam kekeluargaan gunakan lah Nabi Muhammad sebagai model.

Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

5. Jangan terikut-ikut sikap negatif dan haruslah sentiasa berubah ke arah positif.

Sebelum cuba mengubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.



6. Pamerkan kematangan yang tinggi.

Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah. Malah dapat mengelak konflik berpanjangan.

7. Mahir dan bijak dalam menguruskan keluarga.

Suami mahupun isteri perlu peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternative penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

8. Membaiki diri secara berterusan.

Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.



9. Seimbangkan hidup dengan sempurna.

Rajin di tempat kerja malah di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Jangan membezakan keadaan di luar dan di rumah, perlu seimbang sama rata tanpa prejudis.

10. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas.

Lakukan riadah, berdiet, kurangkan merokok tetapi seeloknya cuba berhenti demi kesihatan keluarga, bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,507 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen