5 Tanda Pasangan Anda Terlalu Selesa Dengan Sahabat Anda.

 

Mempunyai pasangan yang ada pelbagai karakter mungkin akan membuat kehidupan anda lebih ceria dan meriah. Tetapi menurut kajian, jika anda seorang yang pemalu dan pendiam mungkin akan mendapat pasangan yang tidak tahu malu pula. Kontra jika anda seorang yang outstanding, pasti mendapat pasangan yang pendiam.



Jadi, apakah tanda-tanda anda mempunyai pasangan yang peramah dan tidak pemalu..

1. Tidak kekok dengan rakan-rakan dan sahabat baik anda.

Pasangan anda terlalu selesa dengan rakan-rakan anda sehinggakan sentiasa bertanya tentang mereka. Malah si dia merasakan kekok jika tidak meluangkan masa dengan mereka pula. Si dia juga tidak kisah jika kalian semua membuat double date.

Lebih selesa jika sering keluar bersama dan membuat aktiviti beramai-ramai. Malah si dia menganggap rakan-rakan anda adalah rakannya juga.



2. Sentiasa memberi kata-kata positif pada sahabat anda.

Insan yang sering memberi kata-kata positif ini jika kita terlalu rapat dengan seseorang. Tetapi pasangan anda, jika mendapat tahu sahabat anda mempunyai masalah, dia pula yang teruja untuk memberi kata-kata positif dan motivasi.

Bagaimana si dia tidak mahu melihat anda sedih, begitu juga cara si dia melayan sahabat baik anda. Baginya jika sahabat baik anda merasa sedih, sudah tentu anda sendiri akan merasa sedih, bukan?

3. Tidak kisah jika tidak meluangkan masa dengan anda.

Si dia bukan lah pasangan yang clingy atau dipanggil belangkas. Si dia tidak kisah jika anda tiada di dalam group rakan-rakan anda tersebut. Ke mana anda dan si dia pergi bersama rakan-rakan, dan jika anda perlu pergi ke tandas, sudah tentu si dia tidak akan rasa kekok dengan kumpulan tersebut. Malah semakin ramah untuk berbual pula.



4. Mempunyai isu setiap perbualan.

Si dia sentiasa mempunyai idea untuk berbual dengan rakan anda. Tidak kering idea, sentiasa mempunyai isu untuk dibualkan, malah bijak pula berjenaka. Anda pula sering menjadi bahan lawak si dia untuk membuatkan perbualan itu bertambah menarik. Tetapi tidak pula dengan kata-kata negatif, cuma mengingati kenangan yang mampu membuat sahabat anda tertawa.

5. Ternyata si dia memang seronok untuk meluangkan masa dengan sahabat anda.

Malah dengan keluarga anda juga, si dia tidak kisah untuk bersendirian tanpa diri anda disisi selalu.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 375,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen