8 Hikmah Putus Cinta Jika Ia Berlaku Kepadamu. Tabahkan Diri.

 

Cinta itu adalah perasaan yang sangat indah. Ia adalah fitrah yang tidak salah. Cinta perlu disalurkan kepada tempat yang betul. Ia dicipta oleh Allah swt untuk makhluk yang disayanginya. Namun manusia lebih mengagungkan cinta makhluk berbanding cinta Penciptanya sehingga ada yang alpa dan terus tewas. Mengejar cinta yang mendekatkan diri kepada zina, kepada murka Allah. Tetapi kerana cintanya Allah kepada manusia, Dia tidak mahu hambaNya terus hanyut dalam lautan maksiat, ditakdirkan baginya terputusnya cinta. Cinta antara lelaki dan perempuan yang tiada ikatan.



1. Dapat kembali kepada Allah S.W.T.

Di saat anda menangis putus cinta, jangan lupa saat itu jugalah syaitan pun turut menangis sekali kerana anda sekarang sudah menjauhi zina. Waktu ini Allah suka, syaitan tak suka. Kembalilah dekat-sedekat-dekatnya kepada Allah SWT. Mohon Allah berikan kekuatan dan tunjukkan anda jalan yang sebenar. Banyakkan solat malam (Tahajjud), membaca Quran dan solat-solat sunat yang lain.

2. Menghindarkan diri daripada zina.

Putus cinta akan menghindarkan anda dari banyak jenis zina. Contohnya, zina mata, zina telinga, zina tangan,dan zina hati. Bersyukurlah jika anda putus cinta ya! Itu tanda Allah sangat sayangkan anda!



3. Bebas daripada pembaziran masa.

Ya, putus cinta juga membebaskan anda daripada membazir masa. Semasa bercinta, anda mungkin akan habiskan masa yang sangat banyak untuk si dia. Dari makan malam berjam-jam, ber’whatsapp’ tak kira masa, hinggalah ber’dating’ 7 hari seminggu. Padahal masa anda lebih ‘terisi’ dengan perkara yang lebih bermanfaat jika beribadat kepadaNya, menjalankan aktiviti sosial atau membaca buku menambah ilmu.

4. Jimat wang.

Selain itu, wang anda akan selamat bila putus cinta. Selamat daripada membelanja wanita/lelaki yang bukan pasti lagi menjadi jodoh anda. Paling kurang, dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membayar bil telefon yang tinggi! Bagusnya kalau anda habiskan wang itu untuk diri sendiri, keluarga ataupun bersedekah. Pahala pun boleh dapat.



5. Lebih banyak masa untuk memperbaiki diri.

Banyak isu menjaga jodoh orang baru-baru ini. Contohnya, 11 tahun bercinta, akhirnya wanita yang dicintai berkahwin dengan orang lain. Betapa ruginya ‘pelaburan’ yang anda buat, mungkin masa itu anda akan rasa cukup menyesal. Bayangkan masa, tenaga dan wang yang terbazir kepada mereka yang belum pasti akan bersama kita itu, digunakan untuk memperbaiki kualiti diri sebagai seorang suami/isteri ataupun ibubapa.

6. Hidup lebih tenang.

Apabila anda putus cinta, hati anda akan merasa lebih tenang dan luas. Masa tu akan muncul idea dan inspirasi baru dalam hidup.Performance kerja atau pelajaran yang sebelum ini biasa-biasa sahaja, anda dapat ubah menjadi lebih baik. Kerana anda boleh lebih fokus dengan urusan tersebut. Bayangkan kalau sibuk bercinta, macam mana nak fokus buat benda lain?



7. Belajar untuk menjadi lebih matang.

Putus cinta juga membuatkan anda dapat belajar sesuatu. Anda akan belajar untuk lebih bersyukur terhadap kehidupan dan masa tu pasti anda akan berfikir banyak hikmah disebalik terputusnya sebuah hubungan tidak halal. Anda akan lebih matang membuat satu-satu keputusan pada masa hadapan. Dalam pada masa sama, anda akan lebih bergantung diri dan tawakal dengan apa jua perkara yang ditakdirkan oleh Allah.

8. Allah mahukan pasangan yang lebih baik buat anda.

Benar, Allah rancang sesuatu yang lebih baik untuk anda. Anda mungkin bersedih dan kecewa ketika itu, tapi Allah sebenarnya dah siapkan pasangan yang lebih baik buat anda. Anda perlu teruskan kehidupan dan berniat cari pasangan untuk bercinta selepas nikah pula selepas ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,426 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen