3 Perkara Yang Anda Tidak Perlu kongsi Bersama Teman Lelaki Anda.

 

Setiap wanita ini mempunyai rahsia mereka yang tersendiri. Tetapi ia bukanlah satu rahsia yang besar. Biasanya rahsia ini juga mudah dihidu oleh pasangannya. Tetapi itulah yang menjadi kesukaan kaum wanita, mereka akan tahu bahawa pasangan mereka sangat prihatin terhadap dirinya. Tapi apa perkara yang tidak perlu dikongsikan itu?



1. Dandanan baru.

Tidak kisahlah dandanan mahupun penampilan yang baru cuba jangan pernah untuk beritahu kepada pasangan anda. Biarkan mereka ketahuinya dengan sendiri. Tetapi, cuba untuk memberi hint kepada pasangan anda, agar dirinya tahu akan perubahan pada diri anda. Teman lelaki yang prihatin pasti akan menyedarinya. Yang penting, tak perlu jelaskan panjang lebar kerana bagi lelaki, perkara begini tak penting pun!

2. Kelemahan diri.

Bercerita mengenai perkara sebegini hanya akan buat kamu nampak lembik di matanya, sedangkan lelaki sukakan gadis yang bijak, cergas dan ceria. Sebaiknya elakkan berkongsi perkara yang boleh menunjukkan kamu lemah seperti tak mampu pergi kerja sendiri, tak reti memasak atau bersihkan rumah dan sebagainya kerana ia menunjukkan yang kamu tidak pandai berdikari. Ingat, berdikari antara ciri-ciri yang dicari oleh lelaki dalam diri calon isteri. Bagaimana nak uruskan rumah tangga kelak jika kamu tak pandai berdikari?


3. Sedang berdiet.

Lelaki tak mahu tahu bagaimana kamu terpaksa menahan lapar sehingga diserang gastrik semata-mata untuk kuruskan badan. Yang dia mahu lihat adalah hasilnya. Jadi zip mulut daripada bercerita mengenai bagaimana kamu bangun pagi setiap hari jam 4 pagi untuk pergi berjoging, bahan-bahan yang kamu gunakan untuk buat smoothies diet, dan sebagainya. Butiran begini tidak akan buat mereka kagum, tapi berjaya muat dress idaman yang dah lama kamu idamkan yang akan buat si dia kagum.

Sesekali beri kejutan kepada pasangan anda akan perubahan anda. Dari situ juga anda dapat menguji akan kasih sayang dirinya terhadap anda. Jadi jangan kongsi perkara ini bersama pasangan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,545 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen