7 Ciri-Ciri Lelaki Yang Mampu Cairkan Hati Wanita.

 

Mudah sahaja untuk mencairkan hati wanita, tetapi untuk dipraktikkan tidak ramai yang dapat lakukan kerana berkemungkinan takut memberi harapan. Lelaki seperti ciri-ciri di bawah mampu mencairkan hati wanita..



1. Romantik.

Ingat, romantik bukannya gatal atau miang. Lelaki yang romantik adalah lelaki yang pandai mengambil hati dan bijak pula menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita.

2. Kelakar.

Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Lebih teruk kalau tersengeh-sengeh dan tersenyum simpul tidak tentu pasal. Ingat, untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar berjenaka secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hatinya, membuatkan si dia merindui kerenahmu.



3. Yakin.

Paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki sejati. Anda harus berikan alasan kukuh, mengapa anda tidak boleh lakukannya.

Penting untuk berlatih bersungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif. Mungkin kerana sikap yakin diri yang tinggi, maka anda masih punya harapan atau ruang mendekati wanita yang selama ini anda puja dalam diam.



4. Beriman.

Lelaki yang beriman antara kriteria yang paling utama yang wanita lihat pada seorang lelaki. Ini penting bagi seorang lelaki untuk membimbang wanita ke jalan yang lurus saat bergelar isteri nanti. Lelaki yang mempunyai iman yang tebal bukan sahaja penting untuk membimbing isteri, malah ia diperlukan untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

5. Ekonomi yang kukuh.

Ramai wanita dituduh bersifat materialistik atau mata duitan. Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak. Tetapi, tidak semua wanita layak diadili sebegitu. Wanita sebenarnya pantas tertarik kepada lelaki yang kukuh ekonominya. Ini dilihat penting bukan saja untuk masa hadapannya, malah masa hadapan zuriat atau penyambung generasi seterusnya.



6. Suka kanak-kanak.

Sikap ini bukan saja membias sikap prihatin dan penyayang malah, secara tidak langsung, ia mengusik sensual naluri seseorang wanita. Lelaki dengan sikap sebegini dilihat punya kelainan dan tentunya mampu menjamin kesejahteraan kehidupan berkeluarga kelak.

7. Bergaya.

Jika seseorang wanita menyenangi kehadiran seseorang lelaki yang serba ringkas, itu tidak bermakna mereka juga menyenangi lelaki yang mengabaikan aspek kebersihan diri. Pastikan kulit, rambut, kuku dan tubuh sentiasa dalam keadaan bersih dan rapi. Pastikan anda bebas daripada sebarang masalah bau badan yang kurang menyenangkan. Sentiasa kemas walau berpenampilan ringkas.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,688 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen