8 Jenis Hubungan Cinta Yang Anda Perlu Elakkan.

 

Cinta juga mempunyai pelbagai kategori yang boleh disenaraikan. Pelbagai cinta yang baik mahupun yang terlarang. Namun yang terlarang itulah yang kadang-kala menjerat diri anda sendiri. Sebelum terjerat, mari kita ketahui jenis-jenis cinta yang anda perlu elakkan..



1. Cinta ganti tikar.

Cinta ganti tikar terjadi apabila anda menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih sahabat baik anda. Sejurus sahabat anda tidak lagi menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih mereka, anda pula yang masuk jarum. Situasi ini akan menjadi kekok yang berlarutan ya.

2. Cinta sepantas kilat.

Mungkin sahaja boleh dikategorikan sebagai cinta pandang pertama, kerana hanya melihat si dia beberapa minit anda telah pun jatuh cinta dan mahukan hubungan yang lebih serius. Lebih baik berkenalan dahulu sebelum ingin bercinta.



3. Cinta dengan majikan.

Kerana banyak meluangkan masa di pejabat, sudah tentu rakan sekerja lebih tahu tentang masalah peribadi anda sendiri. Oleh kerana itu, ramai yang terjebak dengan percintaan antara majikan kerana, sekurang-kurangnya 8 jam anda sentiasa berkomunikasi dengannya.

4. Cinta sejenis.

Sudah tentu cinta terlarang ini anda WAJIB elakkan kerana salah disisi syarak Islam. Memang benar cinta itu buta dan tiada sempadan usia, jantina atau taraf tetapi menjalinkan cinta dengan kaum sejenis seharusnya dielakkan kerana ia ditentang oleh agama dan norma masyarakat.



5. Cinta waris.

Ibu bapa mahu jodohkan anda dengan saudara dan sepupu anda sendiri. Hanya kerana mahu merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan mewarisi kekayaan keluarga yang tidak mahu jatuh ke tangan orang asing. Tetapi jika ini terjadi dan hubungan tidak Berjaya, pasti seluruh keluarga dan keturunan pula yang jadi bahan cerita.

6. Cinta suami/isteri orang.

Adakah anda mahu digelar sebagai perampas? Sanggup bahagia di atas penderitaan orang lain? Jangan hanya fikir dalam jangka masa yang pendek kerana kisah anda akan berkekalan hingga selama-lamanya.



7. Cinta obsesi.

Cinta sememangnya mengkhayalkan, pasangan yang bercinta sahaja tahu perasaan itu. Tetapi apabila terlalu obsess bercinta dan mahu berkepit 24 jam sehingga meluat orang luar melihat, tidak bagus juga. Terlalu obses dengan pasangan, dan hanya bercerita perihal mereka pada orang lain malah sering memuatnaik tentang kalian berdua di sosial media. 

8. Cinta nafsu.

Elakkan diri anda bercinta hanya kerana nafsu. Sentuhan fizikal antara kalian berdua sebelum berkahwin akan mengundang si lelaki berfikir tidak mahu meneruskan hubungan ke jinjang pelamin, kerana mudah menyentuh wanita. Jadi kaum wanita, hati-hati supaya tidak termakan pujuk rayu lelaki ya.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,786 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen