Lakukan 7 Perkara Ini Untuk Menawan Hati Lelaki Yang Anda Minat Dalam Diam.

 

Zaman millennial menunjukkan perkembangan dan perubahan wanita tidak kira dari segi pekerjaan, penampilan, gaya percakapan dan juga semakin berani. Wanita seperti ini tahu apa yang mereka mahukan dalam hidup mereka.



Jadi kepada wanita yang meminati seseorang dalam diam, tetapi tidak tahu bagaimana untuk berkenalan, mungkin boleh mencuba dengan cadangan di bawah…

1. Wanita yang berani memulakan langkah perkenalan.

Ada sebahagian lelaki memang lebih suka jika mereka yang memulakan langkah, tetapi jangan lupa ada juga lelaki yang mahukan wanita yang berani mengajak mereka untuk berjumpa. Bagi lelaki ini, jika wanita berani memulakan langkah, bermakna wanita sebegini tahu apa yang mereka mahukan dalam hidup.



2. Wanita yang unik.

Kebanyakan wanita agak mudah terpengaruh dengan kecantikan wanita lain, cara hidup, barang atau pakaian yang digunakan. Lelaki tidak gemar melihat persamaan ini, jadilah wanita yang lain daripada yang lain supaya dapat menawan hati mereka.

3. Wanita yang gemar membaca.

Wanita yang gemar membaca pelbagai bahan bacaan, berkemungkinan besar dapat menawan hati lelaki kerana lelaki mahukan wanita yang bijak. Perkara ini akan membuatkan lelaki cenderung untuk memikir tentang masa hadapan “Kalau dia ni bijak, anak aku nanti mesti bijak macam ibunya”. Malah wanita sebegini lebih bijak untuk diajak berbual dan mempunyai idea yang banyak dan bernas.



4. Wanita yang kelakar.

Jika wanita mahukan lelaki yang pandai berjenaka, lelaki juga apa kurangnya. Mereka juga mahukan wanita yang sporting dan boleh diajak untuk berjenaka. Kadang-kala lelaki juga mahukan wanita yang tidak selalu control cun dan tahu asyik melaram sahaja.

5. Wanita yang pandai memuji secara spontan.

Kadang-kala lelaki hauskan dengan kata-kata pujian, ini kerana dikalangan lelaki jarang pula kita mahu mendengar mereka memuji antara satu sama lain seperti wanita.

“Handsomenya kau pakai baju melayu hari ni”



6. Wanita yang bijak berkata-kata.

Wanita yang out spoken dan bijak berkata-kata mampu menarik perhatian lelaki. Jika anda pandai menggunakan bahasa lain, selain bahasa melayu ia adalah bonus. Wanita sebegini membuatkan lelaki teruja untuk berkenalan ke tahap seterusnya.

7. Wanita yang mempunyai daya ingatan yang kuat.

Perkara-perkara kecil yang anda ingat tentang si dia seperti muzik kegemaran, artis kegemaran, warna kegemaran, malah mengingati nama anak kucingnya yang telah mati beberapa tahun yang lalu. Pasti lelaki ini akan rasa dihargai.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,747 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen