Jadilah Menantu Pilihan Seperti Isteri Nabi Ibrahim A.S.

 

Hajar atau dalam bahasa tempatan kita panggil sebagai Siti Hajar (siti yang bermaksud nenek), ibu kepada Nabi Ismail a.s, serta isteri ke dua kepada nabi Ibrahim a.s, merupakan seorang wanita yang sangat penyabar, tabah dan kental jiwanya.

1. Sentiasa bersangka baik terhadap suami.

“Adakah Allah yang memerintahkan kamu melakukannya?”



Inilah kata-kata siti hajar yang solehah kepada suaminya Ibrahim, apabila beliau ditinggalkan di kota suci Mekah yang ketika itu merupakan suatu padang pasir yang tandus bersama bayinya Ismail, hanya berbekalkan sekantung air dan sebekas kurma.  Soalan yang melambangkan kekuatan iman dan keteguhan aqidah yang berakar umbi dalam diri seorang wanita yang agung.

Hajar tidak beranggapan bahawa perbuatan suaminya itu merupakan sesuatu yang memudaratkannya, juga dia tidak beranggapan bahawa suaminya ingin berpisah dengannya.

2. Keimanan yang teguh terhadap Allah dan tawakal.

Kisah kesusahan Hajar di padang pasir Mekah yang tandus, ditinggalkan dengan anak kecil yang masih menyusu dengan hanya berbekalkan sebekas kurma dan sekantung air. Apabila bekalan air sudah habis yang mengakibatkan susunya kering, sementara anaknya Ismail menangis mahu menyusu, maka hajar berlari-lari dari bukit Safa ke Marwa untuk mencari air dan melihat jika ada kelibat manusia untuk dia memohon bantuan.



Setelah berusaha, turunlah bantuan dari Allah berupa malaikat yang menguis-guiskan tumit Ismail pada padang pasir dan memancarkan air zam-zam. Yang mana air zam-zam tersebut memberi keberkatan kepada pelusuk alam sehingga hari kiamat.

3. Kuat menyahut seruan iman yang tertinggi.

Fitrah sorang ibu sangat sayang kepada anaknya. Ibu yang sentiasa mahukan yang terbaik buat anaknya dan memberikan yang terbaik untuknya. Begitu juga Hajar yang sangat sayang kepada anaknya Ismail. Hajar mendidiknya dengan didikan yang sempurna.



4. Ketaatan dan taqwa kepada Allah membuahkan kebaikan.

Hajar mentaati suami dengan meredhai ditinggalkan di padang pasir yang tandus. Ismail mentaati ayahnya dalam membantu ayahnya menuruti perintah Allah untuk menyembelihnya. Alangkah manisnya kehidupan apabila melakukan ketaatan kepada Allah. Kehidupan yang sejahtera dan menguntungkan.

Allah SWT berfirman di dalam surah At-Talaq, ayat 3;

“..Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu..”



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 487,897 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen