Tanda-Tanda Pasangan Anda Mementingkan Diri Sendiri.

 

Memiliki pasangan yang mementingkan diri sendiri ini sebenarnya amat menyakitkan hati dan sangat parah. Jika anda merasakan berbaloi untuk mengekalkan hubungan kalian berdua dan ingin melihat si dia berubah, tiada masalah.



Tetapi jom ketahui antara tanda-tanda si dia amat mementingkan diri sendiri sahaja…

1. Si dia tidak mahu berkorban demi orang lain.

Sungguh tidak adil apabila si dia tidak mahu berkorban untuk orang lain, tetapi mahukan orang tersebut berkorban untuk dirinya.

Seperti dalam percintaan, pasangan anda sentiasa marah jika anda tidak dapat luangkan masa bersama tetapi apabila anda memerlukan semangat daripada si dia, hilang pula entah ke mana.



2. Si dia hanya fikirkan diri sendiri.

Jika si dia hanya memikirkan tentang diri sendiri dalam apa jua situasi sekalipun tanpa mengambil peduli tentang orang lain, sah si dia sebenarnya jenis mementingkan diri. Ingat, keutamaan tidak selalunya perlu diberikan kepada diri sendiri.

3. Si dia bertindak melulu tanpa berfikir.

Sesetengah tindakan si dia mungkin telah memberi kesan buruk terhadap orang lain, itu adalah perkara paling mustahak untuk diambil kira sebenarnya. Jika ia memberi impak yang menjejaskan buat individu lain dan si dia tidak pernah mempedulikannya, si dia memang jenis keras hati dan sangat mementingkan diri.



4. Si dia tidak tahu berterima kasih.

Tidak tahu berterima kasih adalah salah satu tanda jelas bahawa dia ini adalah seorang yang pentingkan diri. Jika si dia jenis yang tidak tahu malu, tidak tahu berterima kasih mahupun menunjukan penghargaan, si dia memang sengaja cari nahas dan boleh dilabel sebagai SELFISH!

5. Si dia suka sangat mengawal dan mengarah.

Orang yang suka mengawal adalah mereka yang mahu kehendaknya sahaja dipenuhi. Dalam masa yang sama akan menggunakan orang lain untuk mencapai kemahuannya itu. Hati-hati, si dia mungkin adalah seorang panas baran.



6. Si dia suka memanipulasi.

Si dia merasakan diri mereka sudah cukup bagus atau sempurna daripada orang lain, jadi si dia merasakan semua perkara yang dilakukan adalah betul dan tiada kesalahan. Malah  gemar meracun fikiran orang untuk bertindak mengikut cara anda kerana anda rasa anda sahaja yang betul dalam satu-satu hal.

7. Si dia memiliki tahap ego yang tinggi.

Angkuh dan gemar membangga diri dengan statusnya yang mungkin popular dikalangan orang lain. Lebih parah jika si dia rasa, si dia lah yang paling mulia berbanding orang lain yang dianggap ‘biasa-biasa’ itu.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,747 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen