Cara Mudah Untuk Menenangkan Teman Lelaki Yang Panas Baran.

 

Panas baran sering dikaitkan dengan lelaki, kerana lelaki yang mudah melempiaskan amarah amat digeruni oleh kaum wanita. Pantang di cabar dan ditegur pasti mudah melenting jika tidak kena dengan gaya dan egonya.

Jika mahu menegur, perlu diingatkan agar gaya anda betul dan kena dengan tempat kerana jika tersilap langkah, nahas nanti. Jadi apa yang perlu dilakukan apabila berdepan dengan teman lelaki yang panas baran? Jom baca…



Tips 1: Jangan melawan.

Yang paling penting jangan melawan. Sesiapa sahaja yang bersikap panas baran akan mudah melenting. Lebih-lebih lagi jika anda melawan atau membantah setiap yang diperkatakan mereka. Jika ingin berbuat demikian, perlu tahu cara yang betul untuk bercakap.

Anda perlu menjadi air dan bertenang, malah mendengar dahulu kata-kata mereka sebelum menilai.

Tips 2: Bijak menilai kelemahan si dia.

Kemudian cuba cari kelemahan si dia. Andai anda ditakdirkan mempunyai pasangan yang panas baran, cuba kaji tentang si dia dengan mencari sisi kelemahannya yang boleh melembutkan hati mereka. Wanita perlu ingat! Menangis bukanlah langkah yang bijak kerana bagi sesetengah lelaki yang panas baran, amarah mereka akan bertambah teruk apabila melihat tangisan anda.



Tips 3: Bijak mengawal intonasi suara.

Rendahkan nada suara anda, tapi jangan pula seperti berbisik, naniti ada pula yang berubah menjadi harimau. Apabila berdepan dengan lelaki yang sedang marah, rendahkan nada suara anda itu. Cakap dengan lembut. Dengan cara ini juga akan membuatkan mereka reda.

Tips 4: Tegas menegakkan kebenaran.

Sekali sekala cuba beranikan diri. Mungkin ada ketikanya anda dimarahi atas kesalahan yang tidak dilakukan. Jadi, cuba untuk beranikan diri menegak kebenaran agar si dia tersedar. Tetapi jika pasangan anda berpotensi untuk naik tangan, anda perlu lebih berhati-hati.



Tips 5: Bijak menguji tekanan si dia.

Sebelum menuduh antara satu sama lain, cuba kaji dahulu. Untuk mengelakkan kesusahan dalam perhubungan, sarankan anda kaji atau uji dahulu lelaki yang dikenali sebelum pergi ke langkah seterusnya.

Benar kata orang kata, di awal perkenalan sukar untuk melihat sikap sebenar seseorang tapi anda boleh menguji tahap kesabaran mereka. Jika dia mula menunjukkan sifat panas baran, ambil langkah berjaga-jaga lebih awal dan seeloknya jauhkan diri darinya sebelum hubungan menjadi serius.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen