Tips Menjadi Suami Mithali Daripada Dr. Fadzilah Kamsah.

 

Keluarga yang bahagia bermula daripada ketua keluarga yang mampu menjaga rumah tangga dengan baik. Jadi wahai lelaki jom ikuti tips ini untuk menjadi suami mithali…

1. Bersyukur kerana memiliki pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri kamu adalah pasangan terbaik yang tuhan pertemukan denganmu. Sesungguhnya ketentuan Allah itu bersebab dan apa yang Dia berikan itu adalah yang terbaik.



2. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik buat si dia. Tanpa niat yang diselangi doa, kamu tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Biarpun kamu rasa kamu hebat dan sudah sedaya upaya menjadi suami yang baik, namun jika sombong Allah tidak akan mengizinkan kebahagian pergi kepada kamu.

3. Setiap hari sebaik pulang dari kerja, biarpun penat dan tertekan dengan kerja senyumlah dan harus bawa semangat yang baru. Tinggalkan segala tekanan dan amarah di luar rumah. Apabila suami senyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan saat itulah rahmat Allah akan turun kepada kamu.



4. Telefon dan sekurang-kurangnya kiriman mesej untuk menyatakan anda sayang atau rindu kepada isteri. Isteri kamu pasti seronok dan bahagia apabila tahu bahawa kamu benar-benar menghargainya serta menghormatinya sebagai seorang isteri.

5. Cari masa untuk berbual dengan isteri, bertanya tentang perkhabaran harian mereka termasuk anak-anak.

6. Buat lawak, buat isteri dan anak-anak tertawa. Hiburkan hati mereka kerana setiap gurauan adalah pengubat hati yanng paling mudah buat isteri bahkan, nabi juga sering bergurau senda dengan isterinya kerana ia dapat mengeratkan hubungan rumah tangga.



7. Tetapkan udang-udang dalam rumah tangga di mana, apabila suami marah, isteri harus senyap dan apabila isteri marah, suami harus senyap. Ini dapat mengelakkan pergaduhan. Beri ruang pada pasangan untuk tenang dahulu sebelum mengemukakan sebarang pengakuan.

8. Sebagai seorang suami, sila patuh kepada ajaran Islam bagi yang beragama Islam. Berusahalah lengkapkan diri dengan pengetahuan agama secukupnya dan taatlah kepada semua perintah tuhan serta elak diri daripada larangan Allah SWT. Dalam masa yang sama, bawa isteri dan anak-anak untuk turut serta dalam perjalanan anda bagi mendapatkan redha Allah. Jika kita tak baiki hubungan kita dengan tuhan, pasti hubungan kita dengan orang lain akan bermasalah.



9. Jadilah penawar hati buat isteri. Ambil berat tentang keperluannya dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera. Isteri itu kan ibarat tulang belakang suami dan keluarganya.

10. Biar sesibuk mana kerja anda, makanlah bersama isteri di rumah sambil ditemani anak-anak. Berbual dan saling menasihati antara satu sama lain ketika bersama di meja makan. Amalan ini akan mendapat redha Allah SWT. Jangan pula berbual tentang perkara melalaikan ketika makan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,844 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen