Ikuti Adab-Adab Ini Untuk Tidak Tersalah Langkah Mencintai Suami/Isteri Orang.

 

Dengan kebebasan yang kita miliki, sudah tentu kita ingin lakukan apa sahaja yang kita mahu. Apa yang kita betul-betul mahu, atau hanya menurut nafsu? Termasuk juga hubungan kita sesama manusia di sekeliling, jika betul niatnya, tidak la terjerumus ke hubungan yang sia-sia.

Hubungan yang sia-sia seperti mencintai suami atau isteri orang, adakah ia berbaloi untuk masa hadapan? Jadi, apabila sudah tahu si dia adalah kepunyaan orang lain, sudah tentu kita patut menjauhkan diri seperti dengan adab-adab berikut..



Adab 1: Jaga lenggok bahasa.

Tidak perlu menggunakan ayat-ayat manja seperti anda bercakap dengan bakal suami atau isteri sendiri.

Adab 2: Jaga penggunaan emoticon.

Jangan menggunakan emoji yang mengundang ke arah untuk mengorat, khuatir perasaan suka atau cinta akan hadir. Apa perasaan anda jika wanita atau lelaki lain guna emoticon ini pada suami atau isteri anda?

Adab 3: Usah berlebih-lebih.

Tidak perlu mengambil tahu tentang rumah tangga, bawah kelambu, dan hal anak. Sehingga berani memanggil dengan panggilan manja seperti ‘sayang’, ‘hubby’, ‘mama’, ‘papa’…



Adab 4: Jika nak bergambar, jaga jarak.

Mengambil gambar dengan kepunyaan seseorang sangat sensitif dan jaga lah jarak kalian berdua. Jika mahu gambar berdua jangan pula sampai bahu bertemu bahu, dada rapat ke dada. Seeloknya ambil gambar secara berkumpulan, tidak lah timbul fitnah nanti.

Adab 5: JANGAN sesekali berani mengusik atau menyentuh secara fizikal.

Apabila sudah terlalu rapat, secara spontan tangan atau mana-mana anggota badan kita secara automatik mahu menyentuh atau mengusik si dia. Malah mahu menepuk, menampar bahu. Sila lah kawal sikap sendiri, malu pula orang lain yang lihat. Sedar lah bahawa si dia itu kepunyaan orang.



Banyak cara lagi yang boleh bergurau, pilihlah yang lebih bertempat. Jangan la selalu dengan alasan dan menganggap si dia itu hanya lah adik, abang, kakak dan sebagainya.

JAGA ADAB, JAGA KELAKUAN, JAGA BATASAN.

Perkara sebegini telah banyak berlaku dalam masyarakat dunia tanpa sempadan sekarang. Malah, jika tidak dijaga pasangan dengan betul, khuatir akan berlaku curang pada masa akan datang. Kebanyakan daripada menghabiskan masa yang lama di pejabat, kerana itu cinta terlarang mudah berputik.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,312 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen