Antara 5 Sebab Mengapa Anda Sukar Melupakan Cinta Pertama Anda?

 

Siapa sahaja yang tak pernah alami cinta pertama? Ada sebahagian kita jatuh cinta pada zaman kanak-kanak ketika berada di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, ketika waktu kerja, namun ada juga mengatakan cinta pertamanya adalah dengan ibu sejak dilahirkan kerana tidak pernah bercinta dengan lelaki.



Tetapi ada juga cinta pertamanya itu kekal hingga ke jinjang pelamin, ada juga hanya memendam perasaan dan sekadar menjadi teman rapat kerana khuatir ditinggalkan. Jadi, apakah sebab anda sukar melupakan cinta pertama ini, jom baca…

1. Kerana jatuh cinta pada usia muda.

Kebanyakan daripada kita akan mula timbul perasaan suka dan jatuh cinta pada usia yang agak muda sekitar umur 12 hingga 25 tahun, terpulang pada individu. Ketika timbulnya perasaan ini pada usia yang agak muda, otak bergerak dengan lebih aktif dan perasaan menjadi lebih dramatis.

Cinta kebudak-budakan atau tidak matang ini selalunya lebih thrill dan terlalu banyak kenangan, sehingga anda sukar untuk lupakan.



2. Kerana naluri hati.

Cinta pertama adalah apabila insan pertama yang mengerakkan hati dan naluri sebenar mengenai perasaan suka, sedih, kehilangan, kemahuan dan banyak kali. Jadi setiap kali wujudnya rasa cinta itu, setiap kali itulah si dia sentiasa berada dalam fikiran.

Fikiran ini yang membuatkan anda merasakan si dia lah insan pertama yang mengajar erti cinta.

3. Kerana cinta pertama itu suci.

Cinta pertama boleh dianggap sebagai cinta yang polos suci kerana perasaan yang ditunjukkan lebih jujur, ikhlas dan benar-benar terbuka terhdapa perasaan. Apabila sudah bertahun-tahun bercinta dan menjadi semakin dewasa tanpa menuju ke ikatan yang sah, sudah pasti ia akan tercemar. Kerana itu cinta pertama adalah cinta yang suci.



4. Kerana memori yang sentiasa indah.

Seperti point nombor satu, jika anda jatuh cinta pada usia yang sangat muda, anda lebih teruja dan banyak kenangan indah. Orang muda ini bertenaga dan mampu membina memori ceria dan indah bersama si dia. Sudah pasti memori ini sukar dilupakan.

5. Kerana ianya sentiasa yang pertama.

Bukan anda tidak mahu melupakannya tapi yang pertama telah menakluknya dahulu. Anda akan sentiasa ingat yang pertama sebelum seterusnya. Namun jaga-jaga tidak semua cinta pertama harus dimilikinya kerana ia hanya sebagai pengajaran dan pengalaman sebagai seorang insan mencari cinta. Jangan terjerat!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,641 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen