Bagaimana Jodoh Mampu Mengubah Seseorang? (Bahagian 2)

 

Daripada bahagian satu terdapat lima cara bagaimana jodoh mampu mengubah seseorang, dan di bawah ini lima cara terakhir yang anda boleh ketahui bahawa si dia mampu mengubah hari-hari anda..



6. Hubungan anda dengan orang sekeliling bertambah erat.

Anda akan lebih menghargai setiap hubungan di sekeliling anda apabila hadirnya jodoh yang tepat. Ini kerana anda telah mempunyai sifat lebih penyayang dan berkasih sayang. Sebaiknya sahaja anda terikat dengan perasaan cinta dan kasih terhadap pasangan, begitu jugalah anda inginkan sebuah ikatan kasih sayang dengan orang sekeliling.

7. Anda mampu menyelesaikan masalah dengan baik.

Saat anda bertemu dengan seseorang yang sudah melengkapkan hidup anda, anda akan merasakan lebih kuat dan miliki sifat percaya diri. Kekuatan ini membuatkan anda lebih baik dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi sehinggakan anda berusaha membaiki apa jua masalah yang ada dalam diri anda.



8. Kepercayaan yang sangat tinggi.

Kepercayaan merupakan asas terbesar dalam jangka panjang sesebuah hubungan. Saat anda sudah mula membicarakan tentang rahsia diri anda kepada pasangan, itu tandanya anda sudah miliki kepercayaan terhadapnya kerana anda tahu dialah insan yang bakal menjadi pendamping anda suatu hari nanti.

9. Anda sudah terbayang hidup bersama si dia pada masa hadapan.

Saat merasakan hubungan cinta kalian akan berakhir ke gerbang perkahwinan, anda dan pasangan sering membicarakan tentang bayangan masa depan yang indah-indah untuk hidup bersama.



10. Anda dan pasangan berhasrat untuk berkenalan dengan ibu bapa masing-masing.

Apabila anda yakin dia jodoh sesuai dan rasa bangga dengan kehadirannya, tentu sahaja anda tidak mahu menangguh hubungan ini untuk tempoh yang lebih lama. Langkah terakhir yang terbaik adalah membawa pasangan anda berkenalan dengan orang tua sebelum anda dan pasangan mengikat hubungan yang lebih serius.

Jadi, persamaan anda dengan pasangan membuatkan segalanya terasa indah dan bahagia walaupun ada ketikanya anda berdua dilontarkan dengan masalah serta ujian. Itulah adat resam yang harus dilalui oleh setiap pasangan bercinta sebelum jodoh itu berakhir dengan dengan proses perkahwinan dan harap ia berkekalan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,038 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen